GAWAI DAYAK | GAWAI DAYAK, perayaan rasmi tahunan kaum dayak iaitu suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Hulu yang tinggal di Sarawak. | BUDAYA | Adat |
SARAWAK DAYAK ASSOCIATION | SARAWAK DAYAK ASSOCIATION, pertubuhan suku kaum Dayak di Sarawak. Persatuan ini didaftarkan sebagai pertubuhan sosial pada 24 Februari 1946. Antara mereka dipilih untuk memimpin persatuan ini ialah Charles Mmason (presiden), Edward Brandah (naib presiden), Philip Jitam dan Andres Jika (setiausaha) dan Robert Jitam (bendahari), manakala Edwin Howell dilantik sebagai penasihat kehormat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BIDAYUH | BIDAYUH, Suku kaum peribumi di Sarawak, juga dikenal sebagai Dayak Darat. Perkataan ‘bidayuh’ bererti ‘orang di pedalaman’. Istilah itu merujuk semua penduduk peribumi Sarawak termasuk orang Iban atau Dayak Laut kecuali orang Melayu dan suku kaum lain yang tinggal di kawasan pesisir negeri tersebut. Inggeris telah menggunakan istilah ‘bidayuh’ yang merujuk orang Dayak yang tinggal di pedalaman, manakala orang Dayak yang tinggal di pedalaman, manakala orang Dayak yang tinggal di muara sungai dipanggil ‘Iban’. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ROBERT JITAM | ROBERT JITAM (1905-1971), pemimpin masyarakat Dayak, Sarawak. Dia lahir pada 18 September 1905. Robert Jitam adalah anak Henry Jitam, bekas pegawai kerajaan Sarawak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah St. Thomas, Kuching hingga tamat Darjah Tujuh. Dia dilantik sebagai wakil kaum Iban yang pertama menganggotai Lembaga Perbandaran Kuching pada tahun 1948. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KOTAWARINGIN | KOTAWARINGIN, kerajaan Islam di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia. Kerajaan ini didirikan oleh Pangeran Adipati Antakusuma, putera Sultan Banjarmasin, Musta’ana Ilah. Pangeran Antakusuma meninggalkan Banjarmasin setelah saudaranya ditabalkan sebagai Sultan Banjarmasin. Dia tiba di Kampung Pembuang. Keinginannya untuk mendirikan kerajaan disambut baik oleh penduduk kampung tersebut, kerana dia keturunan Sultan Banjarmasin. Untuk menjadi raja, harus dimusyawarahkan terlebih dahulu dengan Kiai Gede, pemimpin dari tanah jajahan Hindu-Jawa yang tinggal di Tanjung Pangkalan Batu dan juga para ketua suku Dayak. Dengan persetujuan para ketua suku Dayak dan Kiai Gede, Pangeran Antakusuma ditabalkan menjadi raja dengan gelaran Ratu Bagawan. Tempat bersemayam raja di tanjung Pangkalan Batu, disebut Kotawaringin. Ratu Bagawan juga dikenal dengan Ratu Kotawaringin atau Pangeran Ratu. Sejak itu gelaran Pangeran Ratu dipakai untuk raja-raja yang memerintah kerajaan Kotawaringin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
PALANG | PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo. Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita. Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang. Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi. Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |
GAWAI | GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, ‘gawai’ atau ‘gawa’ bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan. | BUDAYA | Adat |
IBAN | IBAN, suku bangsa di Sarawak. Orang Iban dikenal juga sebagai Dayak Laut. Suku bangsa ini dipercayai berasal dari Sumatera berhijrah ke Kalimantan, Indonesia dan kini bertumpu di Bahagian Simanggang dan Bahagian Kapit, Sarawak. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
MIRI | Miri ialah bandar raya yang ketiga terbesar di Sarawak, selepas Sibu dan Kuching. Ia dikenal sebagai bandar minyak kerana sumbangannya yang besar bagi ekonomi industri petroleum. Penempatan dan perkembangan bandar Miri tertumpu di sepanjang Sungai Miri dan di tanah pamah yang panjang, menganjur dari bandar Lutong di utara hingga ke Bakam di selatan. Miri mengalami pertumbuhan penduduk yang tinggi. Komuniti lain yang tinggal di Miri ialah Dayak, Kadazan dan bangsa Eropah. | UMUM | |
DIALEK MELAYU KUTAI | DIALEK MELAYU KUTAI, bahasa perhubungan antara suku Melayu dengan Dayak serta pedagang Bugis dengan Cina di sepanjang Sungai Mahakam di Propinsi Kalimantan Timur, Pulau Borneo, Indonesia. Dialek Melayu Kutai (DMK) digunakan dalam perhubungan biasa di samping bahasa Indonesia yang lebih lazim digunakan dalam suasana rasmi tertentu, seperti di sekolah dan dalam media massa. | BAHASA | Bahasa |