Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Dewan Bahasa dan Pustaka (badan berkanun yg mempunyai tugas dan tang­gungjawab membina, memajukan dan mem­perkembang bahasa Kebangsaan dan sastera serta melaksanakan tugas-tugas lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dbp


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

badan pembinaan dan pengembangan bahasa,

kesusasteraan dan penerbitan dalam bahasa

Melayu.

UMUM 
SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI DBP/DBKLPertandingan mencipta lagu yang dianjurkan oleh DBP/DBKL.SASTERAKegiatan
HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP

HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP, peraduan penulisan cerpen. Peraduan ini khusus kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Syarat-syarat pertandingan antara lain ialah cerpen yang dikemukakan hendaklah karya asli, cerpen tersebut juga tidak pernah disiarkan baik secara cetakan atau stensilan. Hadiah cerpen ini ditaja oleh Malayan Banking Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian hadiah ini, sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai penulis di kalangan yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu untuk mengungkapkan daya kreatif mereka dalam bahasa Melayu. Di samping itu, untuk meneguhkan pengucapan kesusasteraan tanah air di kalangan penulis bukan Melayu dan mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

SASTERAAnugerah/Hadiah
HADIAH CERPEN MAYBANK-DBP UMUM 
SALINA

Salina ialah novel karya Sasterawan Negara, A.

Samad Said. Nama asal novel ini ialah Gerhana,

tetapi ditukar menjadi Salina apabila diterbitkan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada

tahun 1961. Novel ini adalah pemenang hadiah

penghargaan Peraduan Novel DBP pada tahun

1958. Salina dianggap oleh kebanyakan pengkritik

sastera sebagai novel Melayu yang bermutu dan

merupakan salah satu puncak dalam

perkembangan kesusasteraan Melayu. Novel ini

juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa

Inggeris, Perancis, Cina, Korea dan Jepun.

UMUM 
LAMBANG DEWAN

LAMBANG DEWAN, lambang korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Lambang Dewan dilukis oleh Mohd. Hoessien Enas  pada tahun 1957. Idea untuk mewujudkan Lambang Dewan adalah gabungan ilham Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP (1957-1969) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad, Pengarang DBP (1957-1969). Lambang Dewan terdiri daripada unsur daun lontar yang bertangkaikan mata pena. Daun lontar ini pula diapit kiri kanan oleh daun resam yang pangkalnya juga berbentuk mata pena. Kedua-dua pangkal lambang tersebut diikat oleh lakar buku yang membawa nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keempat-empat unsur yang membina reka bentuk Lambang Dewan ini mempunyai pengertian khusus yang mendukung dan melambangkan tugas DBP.

BUDAYAKonsep
CITRA

Citra,  rancangan Radio Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang disiarkan di Radio 1. Rancangan ini merupakan suatu usaha kerjasama antara DBP dengan RTM.

BAHASAKegiatan
ZAMAN GERHANA,ZAMAN GERHANA,  novel sejarah karya A. Samad Ahmad.  Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1976.  Zaman Gerhana mempunyai asas sejarah yang kuat dan penulis menggarapnya berdasarkan Sejarah Melayu.  Penulisan novel ini juga merujuk sebilangan buku dari sumber sejarah Barat seperti Portugis, Belanda dan British.  Novel ini telah diadaptasi ke dalam bentuk drama pentas oleh Badan Budaya DBP di bawah arahan Othman Haji Zainuddin pada tahun 1986 (sempena DBP 30 tahun).SASTERAKonsep
TAMU DI BUKIT KENNY

TAMU DI BUKIT KENNY, drama karya Usman Awang, yang dipentaskan pada tahun 1967.  Drama ini telah diterbitkan bersama-sama tiga lagi drama karya Usman Awang iaitu “Malam kemerdekaan”, “Matinya Seorang Pahlawan (Jebat)” dan “Kiambang Bertaut” dengan judul Tamu Di Bukit Kenny oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada tahun 1968.  Drama ini ditulis khususnya untuk dipentaskan sempena menyambut tahun ke-10, DBP berpindah ke Kuala Lumpur.  Ia kemudiannya dipentaskan sekali lagi pada bulan April 1968 (sempena peletakan batu asas bangunan tambahan DBP) di bawah arahan Baharuddin Zainal.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan
123

Kembali ke atas