Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARC DE TRIOMPHE

Arc de Triomphe terletak di pangkal lebuh lebar

yang dibarisi pokok yang dikenali sebagai Champs

Élysées di Paris. Ia terletak di Place Charles de Gaulle

(dahulunya Place de l’Etoile) tempat bertemu 12

lebuh. Namanya bermakna Gerbang Kemenangan .

UMUM 
CYRANO DE BERGERAC, SAVINIEN DE UMUM 
MEDICI, CATHERINE DE

Medici, Catherine de lihat Catherine de

Medicis.

UMUM 
SALINAS DE GORTARI, CARLOS

Salinas de Gortari, Carlos (1948– ), dipilih

menjadi Presiden Mexico pada tahun 1988. Salinas

menjadi anggota Parti Revolusioner Berinstitusi.

Dia menggantikan Miguel de la Madrid Hurtado

sebagai presiden. Salinas ialah ahli ekonomi dan

dia berkhidmat sebagai setiausaha perancangan

dan belanjawan dalam Kabinet de la Madrid dari

tahun 1982 hingga tahun 1987.

UMUM 
RIO DE JANEIRO

Rio de Janeiro, Brazil (pend. 5 093 232; pend.

kaw. met. 9 018 637) ialah bandar raya kedua

terbesar di Amerika Selatan. Hanya Sa˜o Paulo,

pusat industri Brazil, mempunyai ramai penduduk.

Rio de Janeiro yang kerap kali dikenali sebagai Rio

merupakan pusat kewangan, perdagangan, dan

pengangkutan yang penting. Bandar raya ini juga

mempunyai salah sebuah pelabuhan laut

terkemuka di Amerika Selatan. Rio ialah ibu negeri

Rio de Janeiro, yang terletak di tenggara Brazil

(lihat Brazil [peta politik]).

UMUM 
PONCE DE LEÓN, JUAN

Ponce de León, Juan (1474–1521) ialah

penjelajah Sepanyol. Dia mengetuai ekspedisi

Eropah yang pertama sampai ke Florida, Amerika

Syarikat. Ponce de León menjelajahi banyak

bahagian Florida dalam usahanya untuk mencari

mata air khayalan yang dipanggil Fountain of Youth

(Air Pancut Remaja). Mata air ini, kononnya, akan

mengembalikan keremajaan seseorang itu apabila

dia mandi di dalamnya atau meminum airnya.

UMUM 
MONTS, SIEUR DE

Monts, Sieur de (1560?–1630?), penjelajah dan

penjajah Perancis, yang menubuhkan petempatan

penduduk di wilayah Acadia Kanada. Dia

mempunyai minat dalam bidang perniagaan bulu

binatang, penemuan baru, dan pelayaran. Sieur de

Monts ialah rakan karib Raja Henry IV Perancis.

Henry IV melantik Monts menjadi leftenan jeneral

dan gabenor Acadia.

UMUM 
PÉREZ DE CUÉLLAR, JAVIER

Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920– ) ialah

diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha

Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia

menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang

memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de

Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang

berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama

dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia

digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir

pada bulan Januari 1992.

UMUM 
ZEDILLO PONCE DE LEÓN, ERNESTO

Zedillo Ponce de León, Ernesto (1951 – ),

menjadi presiden Mexico pada tahun 1994. Zedillo

ialah ahli Parti Revolusi Institusi (Instutional

Revolutionary Party – PRI), sebuah parti politik

terbesar sejak tahun 1929. Dia menggantikan

Carlos Salinas de Gortari sebagai presiden

Mexico.

UMUM 
JIMÉNEZ DE QUESADA, GONZALO UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas