NEEL, LOUIS BOYD | Neel, Louis Boyd (1905–1981), pengasas dan memimpin Boyd Neel Orchestra, iaitu salah sebuah orkestra bertali yang utama di Eropah. Neel menubuhkan orkestra ini pada tahun 1932. Para pemuzik mengagumi interpretasi lagu Bach dan Handel yang dihasilkan oleh orkestranya. Neel juga memimpin beberapa orkestra utama Britain. Dari tahun 1953 hingga tahun 1971, dia menjadi Dekan Royal Conservatory of Music di Toronto, Kanada. Dia lahir di London. | UMUM | |
JOSE JOYA | JOSE JOYA (1931 - ), pelukis Filipina. Dia lahir pada 3 Jun 1931 di Manila, Filipina. Dia mendapat pendidikan seni secara formal di University of the Philippines (1949 – 1953) dengan ijazah Bachelor of Fine Arts, kemudian di University Santo Tomas Manila (1953), dan di Cranbrook Academy of Art, Amerika Syarikat (1956 – 1957) dengan kelulusan Master of Fine Arts dan seterusnya di Pratt Center For. Jose Joya pernah bertugas sebagai pensyarah dan seterusnya sebagai Dekan, Kolej Seni Halus University of the Philippines (1970 - 1978). | BUDAYA | Tokoh |
SULASTIN SUTRISNO | SULASTIN SUTRISNO (1924 – 1996), sarjana dan penyelidik kesusasteraan Indonesia. Dia lahir pada 23 November 1924 di Kediri, Indonesia. Setelah tamat persekolahan rendah, menengah dan tinggi antara tahun 1937 hingga tahun 1945, dia meneruskan pengajiannya di universiti dan memperoleh ijazah pertama pada tahun 1950. Pada tahun 1959, Sulastin memperoleh ijazah Sarjana Sastera Timur dari Fakultas Sastera dan Kebudayaan, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Pada tahun 1970, dia mengikuti kursus Penataran Bahasa Belanda di Universitas Indonesia, Jakarta. Dari tahun 1972 hingga tahun 1974, dia melanjutkan pengajiannya dalam bahasa Belanda dan Ilmu Filologi, di Universiti Leiden, Belanda. Dia dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1979. Disertasinya yang berjudul Hikayat Hang Tuah: Analisa Struktur dan Fungsi diterbitkan oleh Gadjah Mada University Press pada tahun 1983. Dia dilantik sebagai Profesor Ilmu Filologi oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1981 dan memegang jawatan Dekan di Fakultas Sastera universiti yang sama untuk beberapa tahun. | SASTERA | Tokoh |