Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.ka.tlon] | ديکاتلون

Definisi : (dékatlon) (Suk) pertandingan utk peserta lelaki yg dilangsungkan selama dua hari, terdiri drpd 10 acara, iaitu lumba lari 100 meter, lompat jauh, lumba lari 400 meter, lontar peluru, lompat tinggi, lari ber­pagar 110 meter, lempar cakera, lombol ber­galah, merejam lembing dan lumba lari 1500 meter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.ka.tlon] | ديکاتلون

Definisi : /dékatlon/ pertandingan sukan utk para peserta, yg terdiri drpd 10 acara berlainan yg telah ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekatlon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKATLON

Dekatlon ialah pertandingan yang memakan

masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk

menentukan johan secara keseluruhan. Atlet

akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,

lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan

larian 400 meter dalam urutan yang sama pada

hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah

lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat

bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet

bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang

telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu

sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga

1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan

yang paling banyak memenangi pertandingan

dekatlon ini.

UMUM 
PERTANDINGAN ACARA BERCAMPURPertandingan acara bercampur bagi lelaki ialah pentatlon dan dekatlon manakala wanita ialah heptatlon dan dekatlon.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
THOMPSON, DALEY

Thompson, Daley (1958– ), salah seorang

ahli sukan British yang menonjol dalam semua

bidang. Dalam Sukan Olimpik 1980 dan 1984

Thompson memenangi pingat emas dalam acara

dekatlon , iaitu pertandingan dua hari yang teruk

yang terdiri daripada 10 acara olahraga yang

berlainan. Thompson memecahkan rekod dunia

dengan memperoleh markah tertinggi dalam

acara dekatlon sebanyak tiga kali. Dia juga

memenangi pingat emas bagi acara dekatlon di

Kejohanan Dunia 1983, Kejohanan Eropah 1982,

dan Sukan Komanwel 1978, dan 1982. Francis

Daley Thompson lahir di London.

UMUM 
THORPE, JIM

Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh

terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain

bola sepak kolej dan profesional Amerika dan

masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga

bermain dalam liga-utama besbol Amerika.

Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe

muncul sebagai atlet pertama yang memenangi

kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat

Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]).

Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat

tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur

memutuskan Thorpe seorang ahli sukan

profesional dan tidak layak bertanding dalam

Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain

besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun

1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

mengembalikan pingat emas Thorpe dan

memasukkan namanya dalam senarai juara

Olimpik tahun 1912.

UMUM 

Kembali ke atas