Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dék.strin] | ديکسترين

Definisi : (dékstrin) (Bio) bahan melekit yg digunakan sbg agen pemekat dlm makanan, dan sbg gam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dék.strin] | ديکسترين

Definisi : /dékstrin/ ist bahan melekit yg dihasilkan melalui proses hidrolisis kanji, yg digunakan sbg bahan pemekat makanan, dan sbg gam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekstrin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKSTRIN

Dekstrin ialah bahan melekit yang terbentuk

semasa pemecahan kimia kanji. Sesetengah

dekstrin digunakan sebagai musilaj (gam) pada

setem pos dan sampul surat. Dekstrin juga

digunakan dalam menentukan saiz kertas dan

tekstil.

UMUM 
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 

Kembali ke atas