Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.la.pan] | دلاڤن

Definisi : lapan, angka (bilangan) tujuh ditambah satu; ~ belas 18; ~ puluh 80. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.la.pan] | دلاڤن

Definisi : angka (bilangan) tujuh campur satu; lapan; 8; ~ belas 18. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata delapan

Puisi
 

Rumah besar di Sungai Rambai,
     Tiangnya sampai delapan puluh;
Makanlah dulu sirih cabai,
     Sirih ditanam belum tumbuh.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATO' SAGOR

DATO’ SAGOR (? -1877), Orang Besar Delapan Perak bergelar Dato’ Seri Agar Diraja. Dia lahir di Kampung Gajah, Perak. Nama sebenarnya ialah Ngah Kamdin. Ketika muda, Dato’ Sagor berpindah ke Larut mengusahakan lombong bijih timah bersama-sama Ngah Ibrahim.

.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' MAHARAJALELA

Dato’ Maharajalela (  ?  -1877), Orang Besar Delapan Perak.  Nama sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tuk Mahmud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' SERI AGAR DIRAJA

DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas