DELI | DELI, kerajaan Melayu di Sumatera Utara, lanjutan daripada kerajaan Deli Tua. Kerajaan Deli dahulu pernah dikenal sebagai Kerajaan Haru atau Guri, dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Johor-Riau pada tahun 1540. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
RAJA DELI | | UMUM | |
PEWARTA DELI | PEWARTA DELI, akhbar Melayu yang pertama diterbitkan di Medan, Sumatera, Indonesia. Pewarta Deli diterbitkan oleh Syarikat Tapanuli, sebuah syarikat percetakan yang diasaskan oleh Dja Endar Moeda bersama-sama beberapa orang Batak Mandailing dan Angkola-Sipirok. Akhbar ini mula diterbitkan pada awal bulan Januari 1910, setiap hari Rabu dan Sabtu, dan kemudiannya terbit sebagai akhbar harian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
MELAYU DELI | MELAYU DELI, orang Melayu yang tinggal di Deli, Sumatera Timur, Indonesia. Kaum ini dikenal juga sebagai Melayu Pesisir Sumatera Timur. Nama yang diberi kepada kaum ini bersempena dengan Deli, sebuah daerah di Sumatera Timur, yang terletak antara Aceh dengan Asahan. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
DEUTZIA | Deutzia ialah pokok renek yang berkaitan dengan tiga deli. Ia mempunyai gugus bunga berwarna putih, samar atau keunguan. Ia berbunga pada musim bunga atau awal musim panas, dan biasanya mempunyai lima kelopak. Daunnya, yang berganti baharu setiap tahun, mempunyai gerigi kecil di sepanjang tepinya dan diliputi dengan bulu gebu kasar. | UMUM | |
ARU (HARU) | Kerajaan lama yang berpusat di daerah Deli moden dan disebut sebagai negeri jajahan Majapahit dalam Negarakertagma (1365). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ISTANA MAIMOON | ISTANA MAIMOON, istana milik Sultan Mahmud al-Rashid Perkasa Alam Syah (Sultan Deli), terletak di jalan Brigadir Jeneral Katamso, Medan, Sumatera Utara. Istana yang didirikan pada tahun 1869 diberi nama Maimoon sempena nama almarhum isterinya, Maimunah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
DANGDUT | DANGDUT, sejenis irama lagu hasil percantuman antara lagu Melayu tradisional jenis inang dengan irama lagu Hindi. Irama ini berasal dari daerah Deli, Sumatera, Indonesia. Perkataan ‘dang’ dan ‘dut’, yang seakan-akan bunyi paluan gendang yang digunakan dalam lagu jenis ini, pada asalnya digunakan orang sebagai ejekan semata-mata, tetapi lama-kelamaan diterima umum sebagai nama irama jenis ini. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MASJID RAYA AL-MANSHUN | MASJID RAYA AL-MANSHUN, masjid tertua di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Masjid ini didirikan oleh Belanda untuk Sultan Deli, Sultan Makmun al-Rasyid Perkasa Alam Syah (1873-1924). Masjid ini didirikan di kawasan tanah seluas lebih kurang enam hektar dan terdapat beberapa bangunan lain di sekitar masjid. Masjid ini pertama kali digunakan untuk solat Jumaat pada 10 September 1909 (10 Syaaban 1325 H.). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
DAMIRI MAHMUD | DAMIRI MAHMUD (1946- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 Januari 1946 di Hamparan Perak, Sumatera, Indonesia. Sejak kecil dia telah diperkenalkan dengan dunia kesufian dan filsafat Islam oleh ayahnya, Khatib Mahmud, Imam Besar Kesultanan Deli yang terkenal. Semasa memperkenalkan tokoh sufi dan filasuf Islam itu, ayahnya selalu menyelitkan ajaran moral sebagai pegangan hidup. Ibunya pula, Siti Rahmah, banyak memperdengarkannya syair Melayu dan hikayat lama. Latar belakang inilah yang mempengaruhi karyanya seperti cerpen, novel, dan terutamanya puisi. Damiri mengutamakan nilai keagamaan sebagai isi karya. | SASTERA | Tokoh |