Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dél.ta] | ديلتا

Definisi : (délta) lanar yg berbentuk segi tiga di muara sungai: di kuala sungai itu terjadi suatu ~ bertentangan dgn Pulau Trinidad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dél.ta] | ديلتا

Definisi : (délta) huruf keempat dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dél.ta] | ديلتا

Definisi : /délta/ tanah, pasir dll yg berbentuk tiga segi di muara sungai (terjadi kerana muara sungai itu bercabang dua atau lebih): Kebanyakan tanah di ~-~ sangat subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata delta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DELTA

Delta ialah tanah datar yang rendah yang

terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan

endapan lain yang mendap di muara sungai.

Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta ()

kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta

terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air

yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya

untuk membawa endapan menjadi kurang secara

tiba-tiba.

UMUM 
ASTRAKHAN

Astrakhan (pend. 510 000) ialah bandar di barat

daya Rusia di delta Sungai Volga (lihat Rusia [peta

politik]). Astrakhan menganjur melintasi beberapa

buah pulau di delta Sungai Volga. Astrakhan

merupakan pusat perdagangan yang penting kerana

perhubungan airnya yang baik dengan pelabuhan-

pelabuhan di Laut Kaspia dan pelabuhan-pelabuhan

Sungai Volga. Perikanan merupakan salah satu

perusahaan utama. Kaviar ialah hasil keluaran

Astrakhan . Sebagaimana Moscow, yang paling

menonjol di Astrakhan ialah sebuah benteng lama

yang bernama kremlin .

UMUM 
AYR

Ayr (pend. 9012) ialah bandar utama bagi Shire of

Burdekin di Queensland, Australia. Ia merupakan

pusat perdagangan kawasan perdagangan Clare,

Millaroo dan Dalbeg. Ayr terletak di delta Sungai

Burdekin di salah satu kawasan pengeluaran gula

dan beras yang terutama di Australia. Ia juga

terletak di lebuh raya utama utara dan jalan kereta

api di pantai timur laut tengah Queensland, kira-

kira 80 kilometer ke selatan Townsville. Ayr mula

diukur pada tahun 1882 dan dinamakan pada tahun

1883.

UMUM 
SUNGAI PO

Sungai Po ialah jalan air yang terbesar di Itali.

Sungai Po bermula berhampiran Monte Viso di

Cottian Alps dan mengalir ke arah timur kira-kira

652 kilometer ke delta besar di Laut Adriatik. Hampir

semua sungai di utara Itali adalah cabang kepada

Sungai Po. Tasik Maggiore, Como, Lecco, Iseo dan

Garda mengalir ke Sungai Po. Aliran sungai ini

adalah deras di bahagian atas tetapi beransur

perlahan sebelum tiba di laut. Sungai Po juga sering

menyebabkan banjir. Kira-kira pada tahun 300 M.,

kaum Etruscan telah membina benteng dalam usaha

untuk mengawal banjir. Mendapan lanar-lanar

meningkatkan lagi paras Sungai Po. Dari semasa ke

semasa, benteng-benteng ini ditinggikan melebihi

aras sungai. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal).

UMUM 
SUNGAI LENA

Sungai Lena ialah jalan air utama di sebuah daerah

besar di timur Siberia. Sungai ini bermula di cerun

Pergunungan Baikal dan mengalir ke timur laut

sejauh 4400 kilometer. Sungai ini mengalir masuk ke

Lautan Artik melalui Laut Laptev. Delta sungai ini kira-kira

402 kilometer lebar. Kapal dapat memudiki

sungai ini sejauh 3200 kilometer.

UMUM 
SUNGAI BRAHMAPUTRA

Sungai Brahmaputra ialah salah sebatang

jalan air yang penting di Asia Selatan. Ia berpunca

dari utara cerun Himalaya di Tibet. Setelah

mengalir kira-kira 2700 kilometer melalui timur laut

India dan Bangladesh, ia bertemu Sungai Ganges

(Ganga) tempat ia berkongsi Delta Ganges.

Bahagian utara sungai mempunyai banyak nama. Di

Tibet, ia kadangkala dipanggil Yarlung Zangbo.

UMUM 
SADAT, ANWAR AL-

Sadat, Anwar al- (1337–1402 H./1918–1981 M.)

ialah Presiden Republik Mesir bermula dari tahun

1970 sehingga meninggal dunia. Nama sebenarnya

ialah Muhammad Anwar al-Sadat. Dia lahir di

Mayyit Abu al-Kom, sebuah perkampungan di

Wilayah al-Manufiyah di Delta Sungai Nil. Dia

seorang siswazah Institut Ketenteraan Mesir pada

tahun 1938. Sadat bersama-sama dengan Abdul al-

Nasser dan tentera yang lain menyertai pertubuhan

rahsia yang dikenali sebagai Pertubuhan Tentera

Pembebasan. Pertubuhan ini bertujuan untuk

menumbangkan pemerintahan beraja yang tunduk

sepenuhnya kepada kuasa British dan ingin

membebaskan Mesir daripada penjajahan Britain

yang menguasai politik dan ekonomi. Sadat telah

dijatuhkan hukuman penjara kerana

penglibatannya yang aktif dalam aktiviti revolusi

pada tahun 1940-an. Pada tahun 1952, dia telah

memimpin gerakan revolusi yang telah

menumbangkan Raja Farouk. Setelah tamatnya

gerakan itu, Sadat memegang beberapa jawatan

penting dalam kerajaan.

Dia dilantik sebagai Ketua Dewan Rakyat dan

Ketua Editor Akhbar al-Jumhuriyyah. Seterusnya,

dia dilantik sebagai Naib Presiden Republik Arab

Mesir dari tahun 1964 hingga tahun 1967 dan

disambung semula pada tahun 1969 hingga tahun

1970.

UMUM 
ARKHANGELSK

Arkhangelsk (pend. 419 000) ialah salah sebuah

bandar terbesar di dunia yang terletak jauh di

utara. Ia terletak kira-kira 150 kilometer di bawah

Bulatan Artik di Rusia, tempat Sungai Dvina

mengalir ke Laut Putih. Bandar ini menganjur kira-

kira 40 kilometer di sepanjang pantai pulau di delta

sungai itu. Untuk lokasinya, lihat Rusia (peta

politik).

UMUM 
SUNGAI VOLGA

Sungai Volga ialah sungai yang terpanjang di

Eropah. Sungai ini mengalir 3530 kilometer

melalui barat Rusia. Sungai Volga bermula di

Bukit Valdai, lebih kurang 320 kilometer di

tenggara St. Petersburg. Ia berada 228 meter di

atas aras laut di puncanya. Sungai Volga mengalir

ke arah selatan, menuju ke Laut Kaspia, yang

terletak 28 meter di bawah aras laut. Untuk lokasi

Sungai Volga, lihat Rusia (peta bentuk muka

bumi). Delta Volga lebih kurang 160 kilometer

panjang dan termasuk sebanyak 500 buah terusan

dan sungai-sungai yang lebih kecil.

UMUM 
SUNGAI IRRAWADDY

Sungai Irrawaddy yang juga dieja Irawadi ialah

sungai utama di Myanmar. Sungai ini mengalir kira-kira

2000 kilometer ke arah selatan melalui

beberapa pemandangan yang amat menarik di

negara tersebut. Sungai Irrawaddy berpunca dari

kawasan tinggi dan berbatu-batan di bahagian utara

Myanmar. Ia mengalir melalui kawasan yang

berpenduduk padat sehingga ke kawasan sawah

padi yang luas. Di sana, Sungai Irrawaddy memasuki

Teluk Benggala melalui banyak muara yang

membentuk suatu delta tanah ladang yang subur.

UMUM 
12

Kembali ke atas