Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEMAM SENGKENIT

Demam sengkenit ialah nama bagi beberapa

penyakit yang disebabkan oleh gigitan sengkenit.

Ini termasuk demam sengkenit Colorado, demam

berulang, demam berbintik Pergunungan

Rocky dan demam Texas.

UMUM 
DEMAM

Demam ialah keadaan apabila suhu tubuh

meningkat lebih tinggi daripada aras biasa. Demam

ialah salah satu gejala penyakit yang paling biasa.

Apabila demam menjadi gejala utama suatu

penyakit, ia mungkin sebahagian daripada nama

sesuatu penyakit seperti demam skarlet atau

demam kuning. Istilah perubatan bagi demam ialah

pireksia.

UMUM 
DEMAM SKARLET

Demam skarlet ialah penyakit berjangkit yang

menyerang kanak-kanak terutamanya. Demam ini

dinamakan demikian kerana ruam merah terang

yang terjadi akibat penyakit ini. Demam skarlet

pernah menjadi penyakit yang serius dan merebak.

UMUM 
DEMAM TIFOID

Demam tifoid ialah sejenis penyakit serius yang

dijangkitkan oleh bakteria, yang menyebabkan

demam panas, keletihan dan dalam kes yang teruk,

kematian. Pada masa dahulu ia lebih kerap berlaku

di kawasan yang padat penduduknya. Walau

bagaimanapun setelah cara kesihatan dan sanitasi

yang baik dikembangkan, demam tifoid jarang-jarang

berlaku. Penyakit ini sekarang jarang-jarang sekali berlaku

di tempat-tempat yang mempunyai standard

sanitasi yang moden.

UMUM 
DEMAM BERULANG

Demam berulang ialah penyakit berjangkit

yang berlaku terutamanya di kawasan tropika, yang

sering menjadi wabak. Demam ini disebabkan

oleh bakteria yang dinamakan spiroket.

UMUM 
DEMAM REUMATIK

Demam reumatik ialah sejenis penyakit

yang menyerang terutamanya kanak-kanak yang

berumur dari lima tahun hingga 15 tahun. Penyakit

ini juga menyerang kanak-kanak yang lebih

muda dan juga orang dewasa. Demam reumatik

mendapat namanya daripada gejala yang paling

biasa dialami iaitu, reumatisme (inflamasi atau

bengkak sendi) dan demam.

UMUM 
DEMAM SELESEMA

Demam selesema ialah sejenis infeksi saluran

pernafasan atas. Ia merupakan penyakit yang

merebak dengan amat meluas dan sangat lazim

dihidapi.

UMUM 
DEMAM KUNING

Demam kuning ialah penyakit virus yang

dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini

merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan

ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing

berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan

baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul

dalam kulit.

UMUM 
DEMAM KELENJAR

Demam kelenjar, juga dikenali sebagai

mononukleosis berjangkit , ialah penyakit

berjangkit yang ringan. Penyakit ini biasanya

disebabkan oleh virus herpes Epstein-Barr (EB).

UMUM 
DEMAM CAMPAK

Demam campak ialah sejenis penyakit yang

mengakibatkan ruam di seluruh tubuh. Penyakit ini

ialah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit

(boleh berjangkit melalui sentuhan). Lazimnya

penyakit ini berlaku pada kanak-kanak tetapi orang

dewasa juga boleh dijangkiti. Di negara maju

hanya segelintir  yang dijangkiti penyakit

itu menemui ajal. Walau bagaimanapun, penyakit

ini boleh menyebabkan kematian kepada ramai

kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di

negara membangun. Nama perubatan untuk

penyakit campak ialah rubeola. Campak Jerman,

yang dikenali sebagai rubella sebenarnya ialah

sejenis penyakit yang berlainan, tetapi mempunyai

tanda-tanda awal yang serupa.

UMUM 
1234

Kembali ke atas