Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mi] | دمي

Definisi : 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb): ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka ber­bagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu; berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mi] | دمي

Definisi : 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demi

Puisi
 

Pandai mengalah meniti batang,
     Raja Panji turun berkuda;
Demi jauh tuan datang,
     Menuntut janji dari semula.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALGORITMA

Algoritma ialah prosedur langkah demi

langkah untuk menyelesaikan masalah matematik

dengan bilangan langkah yang terhad.

UMUM 
KESATUAN KREDIT

Kesatuan kredit ialah persatuan perbankan

yang dijalankan khusus untuk bekerjasama demi

faedah anggotanya.

UMUM 
PUSAT SAINS NEGARA

Pusat Sains Negara ialah pusat pembelajaran

informal tentang sains dan teknologi. Ia ditubuhkan

berasaskan falsafah pembelajaran menerusi

penerokaan dan penemuan demi meningkatkan

kefahaman serta menimbulkan rasa ingin tahu

tentang sains dan teknologi.

UMUM 
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, digubal untuk mengawal selia syarikat pemaju perumahan demi menjamin kebajikan pembeli rumah. Akta ini digubal pada tahun 1966 dan berkuat kuasa pada bulan Ogos 1969.

UNDANG-UNDANGAkta
PYGMALION

Pygmalion ialah pengarca dan raja Cyprus

dalam legenda Yunani. Oleh sebab benci

terhadap kezaliman wanita pada zamannya,

Pygmalion mengukir patung menyerupai wanita

cantik daripada gading lalu dia jatuh cinta

padanya. Demi menyahut permintaan Pygmalion,

dewi Aphrodite menukar patung tersebut

menjadi manusia. Pygmalion mengahwininya dan

mereka dikurniai anak lelaki bernama Paphos.

UMUM 
SURAH AL-TIN

Surah al-Tin ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-95 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan

ayat. Surah ini dinamakan al-Tin berdasarkan

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Demi buah tin dan zaitun”.

(Surah al-Tin 95:1)

UMUM 
ACADEMY OF MOTION PICTURE ARTS AND SCIENCES,Academy of Motion Picture Arts and Sciences,

pertubuhan sukarela. Akademi ini

ditubuhkan pada tahun 1927 di Hollywood, Amerika

Syarikat. Keahliannya berjumlah 4700 mewakili yang

terkemuka dalam setiap peringkat kegiatan

pembikinan filem. Tujuan akademi ini adalah

membangunkan seni dan sains wayang gambar,

mewujudkan kerjasama dalam industri demi

kemajuan dalam bidang kebudayaan, pendidikan

dan teknologi, dan mengiktiraf pencapaian

cemerlang dalam industri ini dengan anugerah

tahunan.

UMUM 
NARCISSUS

Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang

pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai

wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh

menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo.

Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa-

dewa menghukum Narcissus supaya merenung

ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam

kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari

dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan

kasih pada bayangannya sehingga dia semakin

kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar

untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai

sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus.

Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap

Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara

di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat

dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita

dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid.

UMUM 
SURAH AL-QALAM

Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada

awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al-

Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang mereka

tulis”.

(Surah al-Qalam 68:1)

UMUM 
SURAH AL-MURSALAT

Surah al-Mursalat ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-77 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

50 ayat. Surah ini dinamakan al-Mursalat kerana

Allah S.W.T. bersumpah pada awal surah ini

dengan perkataan itu sebagaimana berikut “Wal

Mursalati ‘Urfa” yang bermaksud:

Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan

berturut-turut (menjalankan tugasnya)”.

(Surah al-Mursalat 77:1)

UMUM 
123

Kembali ke atas