DANTON, GEORGES JACQUES | Danton, Georges Jacques (1759–1794) ialah pemimpin Revolusi Perancis yang terkenal. Dasar Danton ialah, “berani, lebih berani, selamanya berani, dan Perancis akan terselamat!” Mungkin dia juga yang bertindak lebih bagi melahirkan dan mempertahankan Republik Perancis berbanding dengan orang lain. Walau bagaimanapun, Danton bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai, yang dikenali sebagai zaman Reign of Terror, kerana dia menganggapnya perlu demi untuk menyelamatkan negaranya. | UMUM | |
KESATUAN KREDIT | Kesatuan kredit ialah persatuan perbankan yang dijalankan khusus untuk bekerjasama demi faedah anggotanya. | UMUM | |
ALGORITMA | Algoritma ialah prosedur langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah matematik dengan bilangan langkah yang terhad. | UMUM | |
SENI UNTUK MASYARAKAT | SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas. Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik. | SASTERA | Konsep |
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966 | Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, digubal untuk mengawal selia syarikat pemaju perumahan demi menjamin kebajikan pembeli rumah. Akta ini digubal pada tahun 1966 dan berkuat kuasa pada bulan Ogos 1969. | UNDANG-UNDANG | Akta |
NABI ZULKIFLI A.S. | Nabi Zulkifli a.s.ialah salah seorang nabi daripada nabi-nabi Allah. Nabi Zulkifli a.s. ialah anak kepada Nabi Ayyub a.s. Nama asalnya ialah Bashar. Allah SWT mengutusnya selepas Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s. menamakan anaknya Zulkifli kerana menanggung beban hasil ketaatannya kepada Allah SWT dan dapat mengatasinya. Nabi Zulkifli a.s. tinggal di Syam. Nabi Zulkifli a.s. telah menjamin kaumnya demi untuk menyempurnakan kehendak mereka dan memerintah mereka dengan adil. Nabi Zulkifli a.s. bukanlah nama yang disebut dalam hadith Nabi. Orang Damsyik mendakwa makamnya terletak di gunung Qasiyun di Damsyik. Al-Qur''an tidak banyak menyebut namanya seperti nabi-nabi lain. Manakala dakwah, risalah dan kaum Nabi Zulkifli a.s. tidak dibentangkan sama ada secara ringkas mahupun secara lengkap. Oleh itu, dinasihatkan agar bentuk dakwah yang disampaikannya tidak dikaji secara mendalam. | UMUM | |
SEMANGAT PADI | SEMANGAT PADI, kuasa ghaib yang dimiliki oleh padi dan dipercayai dapat menyuburkan padi, menjaga ladang, sawah padi dan dapat meningkatkan penghasilan. Masyarakat Melayu pada asalnya ialah masyarakat pertanian. Mereka bergantung pada sawah padi untuk keperluan makanan asasi iaitu nasi. Demi menjaga sawah padi supaya sentiasa mengeluarkan hasil padi untuk makanan serta kesejahteraan, orang Melayu mengadakan ritual. | BUDAYA | Kepercayaan |
NARCISSUS | Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo. Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa- dewa menghukum Narcissus supaya merenung ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan kasih pada bayangannya sehingga dia semakin kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus. Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU | ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta. | BUDAYA | Konsep |
PERANG GRANADA | Perang Granada berlaku pada tahun 897 H./ 1492 M. antara orang Islam di bawah pimpinan Bani Ahmar dengan orang Kristian Andalus. Peperangan ini disebabkan kemunculan kerajaan- kerajaan kecil Islam di kalangan bangsa Arab yang dikenali sebagai kerajaan-kerajaan kecil “zaman al- Tawa’if ”, selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus. Salah satu daripada kerajaan itu ialah kerajaan kecil Granada yang merdeka pada tahun 630 H./1232 M. dan dipimpin oleh Bani Ahmar. Perpecahan ini menyebabkan kelemahan orang Islam di Andalus. Orang Kristian telah mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Islam dengan mengukuhkan wilayah-wilayah mereka di utara bagi menghadapi kerajaan-kerajaan Islam Arab ini yang kebetulan sedang berselisih untuk berebut kuasa. Selepas itu, satu demi satu kerajaan Islam jatuh ke tangan orang Kristian kecuali kerajaan Granada . Hanya kerajaan ini yang tinggal untuk orang Islam Andalus. | UMUM | |