| DENDA | Denda ialah bayaran wang yang diperintahkan  oleh mahkamah untuk dibayar oleh seseorang  yang didapati bersalah kerana melanggar undang-undang.  | UMUM |   | 
			
				| PERLUCUTHAKAN | Perlucuthakan ialah hukuman atau denda menurut undang-undang terhadap seseorang yang didapati bersalah atas perbuatan salah laku atau terhadap seseorang yang melanggar kontrak atau syarat. Ia akan kehilangan beberapa hak atau pemilikan.  | UMUM |   | 
			
				| SEPINA | Sepina ialah perintah undang-undang bertulis atau  writ  , untuk hadir sebagai saksi dan memberi testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu  sub  , yang bermakna  di bawah  , dan  peona  yang bermakna  denda  atau  penalti  . Seseorang yang menerima sepina hendaklah mematuhinya, dengan pengertian  dia akan menerima penalti  kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa Latin yang berbunyi  The subpoena duces tecum  (bermakna  membawa bersama-sama anda dengan   penalti  ) menghendaki seseorang itu membawa ke mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas, buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain. Lihat juga Saksi .  | UMUM |   | 
			
				| BABAS | BABAS, denda alat amala orang Dusun-Kadazan di Sabah untuk menghilangkan rasa marah, benci dan dendam seseorang terhadap orang yang pernah berkelahi dengannya. Amalam ini mewajibkan seseorang memberikan sejenis binatang ternakan kepada orang yang dibencinya.  | BUDAYA | Konsep | 
			
				| SOGIT | SOGIT, sejenis denda adat yang dikenakan terhadap seseorang untuk memulihkan keharmonian kampung.  Sogit atau sugit, segit, sagit, diamalkan oleh sesetengah masyarakat peribumi di Sabah.  Sogit lazimnya berbentuk binatang ternakan seperti kerbau, khinzir, kambing dan ayam, hasil pertanian seperti padi dan alat-alat tertentu seperti gong, gador, betukul, barang perhiasan, senjata dan pinggan mangkuk.  | BUDAYA | Konsep | 
			
				| OATES, TITUS | Oates, Titus ( 1649–1705) ialah pelampau Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka cerita tentang rancangan orang Katolik Roman untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai  Plot   Popish  , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan telah dikenakan denda serta dipenjara. William III membebaskan Oates pada tahun 1689 dan memberinya pencen. Oates lahir di Oakham, England, di kaunti yang kini dikenali sebagai Leicestershire.  | UMUM |   | 
			
				| SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE | Scribe, Augustin Eugéne (1791–1861), penulis drama Perancis. Dia merupakan penulis yang berjaya dalam bentuk drama realistik yang dinamakan,  the well-made play  . Drama seperti itu bergantung pada kesan dan pada penerangan yang teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan datang. Drama yang baik mengandungi suatu  babak wajib  pada klimaks apabila rahsianya didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia, watak-watak itu akan menerima ganjaran atau denda.  | UMUM |   | 
			
				| PERAMPASAN | Perampasan adalah melibatkan rampasan kenderaan komersial secara paksaan atau melalui ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini, perampasan banyak melibatkan kapal terbang utama yang juga dikenali sebagai perampasan kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir tahun 1960-an perampas kapal terbang telah merampas beberapa ratus kapal terbang. Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian. Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang yang melibatkan penumpang terbunuh dan kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara mengenakan denda yang tegas kepada perampas kapal terbang.  | UMUM |   |