Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan nya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYURGA

Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat,

yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang

beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab

suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa

melakukan kebaikan.

UMUM 
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
SURAH AL-SAFF

Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 14 ayat.

Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia

memperkatakan tentang peperangan sebagaimana

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang

yang berperang di atas jalan-Nya dengan

tersusun rapi seolah-olah mereka itu bangunan

yang utuh”.

(Surah al-Saff 61:4)

UMUM 
SURAH AL-QASAS

Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana

Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi

Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula

kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya

sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat

peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang

menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan

pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya

(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-

Nya.

UMUM 
ANSAR

Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku

Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong

mereka di kalangan penduduk Madinah yang

beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul-

Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang terdahulu yang

mula-mula (masuk Islam) di antara orang-

orang Muhajirin dan Ansar …”

( Surah al-Tawbah 9: 100)

UMUM 
MANUSIA

Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia

makhluk Allah di muka bumi antara semua

kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan

menjadikan kejadiannya sama dan seimbang.

Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok

dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan

pertuturan yang dapat membezakannya daripada

makhluk yang lain.

UMUM 
MUWAHHIDUN, KERAJAAN

Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121

M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah

Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn

Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan

Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka

bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh

digambarkan dengan pancaindera, Allah

mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran

untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata.

Orang yang menyokong konsep menyerupakan

dan menjasadkan Allah menganggap orang

Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan

mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun

sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan

bahawa merekalah sahaja yang benar-benar

beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah

dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya

dengan makhluk.

UMUM 
AL-QUR’AN AL-KARIM

Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang

diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad

SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan

Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf,

diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan

membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai

dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah

an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal.

UMUM 
SURAH AL-QALAM

Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada

awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al-

Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang mereka

tulis”.

(Surah al-Qalam 68:1)

UMUM 
SURAH AL-NUR

Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 64 ayat. Ia

dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat

dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (al-

Nur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam

dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan

kemanusiaan yang merupakan sumber daripada

cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan

daripada limpahan-limpahan rahmat dan

kemurahan-Nya.

UMUM 
12

Kembali ke atas