Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (of government, university) jabatan: Education D~, Jabatan Pendidikan; the D~ of Malay Studies, Jabatan Pengajian Melayu; 2. (of business concern) bahagian: the advertising ~, bahagian pengiklanan; the ladies’ wear ~, bahagian pakaian wanita; 3. (colloq) area of special knowledge, activity, kerja: looking after the children is not my ~, menjaga anak-anak bukan kerja saya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata department


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AVIGNON

Avignon (pend. 89 132; pend. kaw. met. 175 000)

ialah pusat pertanian dan bandar bersejarah di

Tenggara Perancis. Ia terletak di tebing Sungai

Rhone, di salah sebuah kawasan pertanian paling

kaya di Perancis. Untuk lokasi, lihat Perancis.

Avignon ialah pusat perdagangan untuk wain, buah-

buahan, sayur-sayuran, dan keluaran lain yang

dihasilkan di kawasan ini. Aktiviti ekonomi lain

termasuk perkapalan, memproses makanan dan

pengilangan bahan kimia, kulit, alatan mesin, sabun

dan tekstil. Pesta teater yang besar biasanya

diadakan di sini pada musim panas. Bandar raya ini

merupakan ibu negara Vaucluse department

(daerah pentadbiran).

UMUM 
SUBAGIO SASTROWARDOJO

SUBAGIO SASTROWARDOJO (1924-    ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 1 Februari 1924 di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan di Holandsch Inlandsche School (HIS) Arjuna, Bandung (1938), Hoogere Burgerschool (HSB), Sekolah Menengah Pertama (SM) di Surakarta (1945), dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta (1947).  Pada tahun 1958, dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada.  Kemudian dia meneruskan pengajian sarjana di Department of Comparative Literature, Yale University, Amerika Syarikat (1963).  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1965 dari universiti yang sama.

SASTERATokoh

Kembali ke atas