Abdul Ghani Minhat (1935- ) pemain bola sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah dia terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya, Princess Road School, di Kuala Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2, dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun 1956, Ghani membantu Selangor menewaskan Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya. |