Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.ré.tan] | ديريتن

Definisi : 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.ré.tan] | ديريتن

Definisi : 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deretan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMISAH MINYAK DAN GASBejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi.KEJURUTERAANAlat/Alatan
BANJARAN

Banjaran ialah deretan tanah tinggi yang panjang dan melebihi 600 km tinggi dari kakinya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi

Kembali ke atas