Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[der.ha.ka] | درهاک

Definisi : 1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan me­nerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan je­na­yah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Ab­­dullah bin Saba telah memainkan pe­ranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[der.ha.ka] | درهاک

Definisi : tidak taat kpd negara (Tuhan, orang tua dll): Anak yg ~ itu akan menerima balasannya. menderhaka melakukan perbuatan yg derhaka; menentang kekuasaan (kerajaan, orang tua, suami dll): Hang Jebat sanggup ~ kpd Raja kerana hendak membela Hang Tuah. menderhakai menderhaka terhadap seseorang: ~ ibu bapa tergolong dlm dosa besar. penderhakaan perbuatan menderhaka atau menderhakai: ~ yg dilakukan oleh pemberontak-pemberontak itu telah lama diketahui oleh pihak berkuasa. penderhaka orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derhaka

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DERHAKA

DERHAKA, istilah sosiobudaya dan budaya politik masyarakat Melayu yang bermaksud menafi, menentang, membantah, menidakkan atau melakukan perbuatan atau tindakan kontra terhadap pihak yang lebih tinggi taraf atau kedudukan batang tubuh serta peribadi seseorang, pemegang kuasa atau wibawa dalam sesebuah organisasi sehingga ke peringkat kerajaan, negeri dan negara. Bertentangan dengan derhaka adalah patuh, taat dan setia kepada pihak berkenaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
NUSYUZ

Nusyuz, derhaka atau ingkar.  Dalam konteks kekeluargaan Islam, istilah ini merujuk kepada isteri atau suami yang menderhaka atau ingkar terhadap pasangan masing-masing tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

.
AGAMAKonsep
CERITA ASAL USUL

CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi.

           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas