DERIA | Deria ialah cara haiwan bersel banyak memberitahu apa yang berlaku dalam persekitarannya. Ramai orang menyangka bahawa manusia hanya mempunyai lima deria — pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan. Tetapi terdapat jenis deria lain yang memberi maklumat tentang kedudukan dan pergerakan tubuh dan tentang keperluannya. Deria ini termasuk keseimbangan, rasa lapar, kesakitan, dan rasa dahaga. | UMUM | |
DERIA OTOT | Deria otot juga dikenali sebagai propriosepsion sedar ialah salah satu daripada dua deria yang memberitahu manusia kedudukan bahagian badan. | UMUM | |
PENGAMATAN LUAR DERIA | | UMUM | |
SENTUHAN | Sentuhan ialah deria yang memberikan kita rasa bersentuhan dengan sesuatu benda. Ia juga dinamakan organ taktil. Melalui deria ini kita boleh mengetahui bentuk dan kekerasan sesuatu benda. Menyentuh sesuatu benda boleh menimbulkan rasa panas, sejuk, sakit dan tekanan. Hujung saraf bebas dalam tisu memberikan rasa sakit. Sentuhan, kepanasan, kesejukan dan rasa sakit juga dinamakan deria kulit . | UMUM | |
REALITI MAYA | Realiti maya ialah persekitaran tiga dimensi, artifisial yang dicipta oleh komputer dan pelbagai alat lain. Alat ini dan perisian khas memanipulasi deria manusia – terutamanya deria penglihatan dan pendengaran – untuk mencipta perasaan seolah-olah berada di dalam dunia janaan komputer. | UMUM | |
TELINGA | Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria yang sangat penting. Pendengaran membolehkan kita berhubung antara satu sama lain melalui pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak belajar bercakap dengan cara mendengar dan kemudiannya meniru percakapan orang lain. | UMUM | |
RASA | Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan banyak haiwan. Rasa makanan membantu menentukan apa dan berapa banyak yang kita makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau benda. Apabila kita mendapat selesema dan hidung kita tersumbat, sesetengah makanan mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai rasa. | UMUM | |
ALAT SAINTIFIK | Alat saintifik ialah alat untuk mempelajari tentang dunia. Segala-gala diketahui tentang persekitaran kita melalui deria seperti pendengaran, penglihatan dan bau. Bagi kebanyakan tujuan, deria kita melakukan tugas dengan baik untuk memberitahu kita apa yang berlaku di sekeliling kita. Tetapi kita memerlukan bantuan daripada alat saintifik untuk mengetahui seperti apa yang berlaku di angkasa atau dalam suatu atom. | UMUM | |
ANESTESIA | Anestesia ialah hilang deria rasa – terutama rasa sakit, di seluruh badan atau sebahagian badan. Ubat yang dinamakan anestetik digunakan bagi menghasilkan anestesia sementara untuk tujuan perubatan. Anestesia juga dihasilkan melalui hipnosis dan akupunktur – cucukan jarum di tempat tertentu pada badan. Sesetengah kecederaan dan penyakit, terutamanya pada sistem saraf, boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. | UMUM | |
SESUNGUT | Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah rosak di kepala hampir semua serangga dan kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga, lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam, mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan saudaranya tidak mempunyai sesungut. | UMUM | |