ANGAS, GEORGE FIFE | Angas, George Fife (1789–1879), dermawan dan salah seorang pengasas Australia Selatan. Dia lahir di Newcastle upon Tyne, England. Dia menubuhkan South Australian Banking Company pada tahun 1841, dan berpindah ke Australia Selatan pada tahun 1851. Dia memainkan peranan yang aktif dalam hal ehwal awam tanah jajahan dengan menjadi ahli Majlis Undangan sehingga tahun 1866. | UMUM | |
STETSON, JOHN BATTERSON | Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk memulihkan kesihatannya dan menggunakan pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal. Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi pengilang topi yang terkemuka di Amerika. Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson lahir di Orange, New Jersey. | UMUM | |
TAN KAH KEE | Tan Kah Kee (1874–1961), ahli perniagaan Singapura, dan salah seorang usahawan, dermawan dan pemimpin politik yang terkemuka di Asia Tenggara. Dia menubuhkan beberapa buah sekolah di Singapura dan selatan China. | UMUM | |
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |
NUFFIELD, LORD | Nuffield, Lord (1877–1963), William Richard Morris, pelopor pembuatan motokar. Dia membuat motokarnya yang pertama pada tahun 1911. Dia mula mengeluarkan kereta secara besar-besaran di United Kingdom selepas Perang Dunia I dan, menjelang tahun 1926, syarikatnya membuat 100 000 buah kereta setahun. Seorang dermawan, Nuffield mendermakan satu juta paun dan tapak bagi Nuffield College kepada Oxford University. Pada tahun 1943, dia menubuhkan Yayasan Nuffield bagi penyelidikan pendidikan, perubatan, saintifik, dan sosial dengan hadiah 10 juta paun. Nuffield lahir di Worcester , England. Dia dilantik menjadi baronet pada tahun 1929 dan menjadi Lord Nuffield pada tahun 1934. | UMUM | |
HABIB HASAN SAYED AHMAD | HABIB HASAN SAYED AHMAD (1840-an-1932), usahawan dan dermawan. Dia lahir sekitar tahun 1840-an di Kampung Pulau Malana, Pahang. Bapanya, Sayed Ahmad bin Hassan al-Attas, seorang pedagang yang berasal dari Hadramaut, berpindah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 dan menetap di Pahang. Kemudian dia berkahwin dengan seorang gadis tempatan dan hasil daripada perkahwinan inilah lahir Habib Hasan sebagai anak lelaki tunggal mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RUMAH KEBAJIKAN | Rumah kebajikan ialah rumah yang disediakan oleh para dermawan untuk mereka yang tua dan miskin. | UMUM | Umum |
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi. Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan. Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |