Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit). Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis (lapisan kulit yang lebih dalam) dan menyebabkannya menjadi nipis dan lembut. Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada badan apabila tekanan dan geseran mencederakan kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh. |