MERENTAS DESA | Merentas desa ialah perlumbaan jarak jauh. Tidak seperti perlumbaan trek dan padang, pertandingan merentas desa tidak dijalankan di atas trek. Pelumba biasanya berlumba merentasi padang atau padang golf dan sering kali juga melalui hutan dan bukit. | UMUM | |
KETUKANGAN DESA | Ketukangan desa di Ireland atau United Kingdom, meliputi kegiatan tradisi yang lama seperti menganyam, menenun, dan menyemat atap, serta industri desa kecil yang berkembang daripada kegiatan tersebut. | UMUM | |
LUMBA RENTAS DESA | | UMUM | |
KEHIDUPAN DESA | Kehidupan desa lihat Pertanian. | UMUM | |
MOHD. DESA PACHI, DATO' | MOHD. DESA PACHI, Dato’ (1934- ), ahli korporat, Ketua Eksekutif PNB pertama (1978). Dia lahir pada 28 April 1934 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mohd. Desa memulakan pendidikan rendahnya di sekolah Melayu pada tahun 1941. Pengajiannya terbantut kerana Perang Dunia Kedua. Selepas perang, dia menyambung pelajarannya selama lebih kurang setahun. Dia kemudian belajar di Francis Light School , Pulau Pinang dari tahun 1947 hingga tahun 1949. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, dia menerima pendidikan menengah di Penang Free School dan mencipta sejarah apabila dia adalah satu-satunya pelajar Melayu yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan gred satu bagi seluruh Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SATYR | Satyr ialah dewa kecil bagi desa dan hutan dalam mitologi Yunani. Satyr pada asasnya kelihatan seperti manusia biasa. Tetapi kebanyakan mereka mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri haiwan, seperti kaki, kuku, tanduk, dan telinga kambing, atau pelbagai gabungannya. Satyr mengikut Dionysus, iaitu dewa wain, dan Pan, dewa hutan dan padang rumput. Kebanyakan satyr adalah muda, ceria, tetapi nakal. Ada kalanya mereka menjadi liar dan tidak dapat dikawal, tetapi jarang mencederakan sesiapa pun. Perkara yang suka dilakukannya ialah meminum wain dan memburu perempuan cantik yang dikenali sebagai nimfa . Mereka juga suka muzik dan menari. Ada satyrz tua yang mabuk, tetapi bijak. Perkataan Rom purba bagi satyr ialah faun . Lihat juga Dionysus; Faun; Pan. | UMUM | |
BUSHRANGER | Bushranger ialah penjenayah yang beroperasi di daerah desa Australia kira-kira dari tahun 1790 hingga tahun 1900. | UMUM | |
MERBUK BALAM | Merbuk balam ialah merbuk kecil yang membiak di hutan jarang dan desa lapang di Eropah, barat Asia, dan utara Afrika. Merbuk balam berhijrah, biasanya berkumpulan, ke selatan Afrika tengah pada musim sejuk. Ia terbang pantas dan terbang terus sambil mengibas-ngibaskan sayapnya. Merbuk balam memakan biji rumpai dan biji-bijian. Bunyi kukurannya biasa kedengaran pada musim bunga. Ia bersarang di belukar dan dusun. Merbuk balam betina biasanya bertelur dua biji di atas pelantar nipis yang dibuat daripada ranting dan rumput. Kedua-dua, merbuk balam jantan dan betina menjaga anaknya. Merbuk meratap di Amerika Utara kadangkala tersilap dinamakan sebagai merbuk balam. | UMUM | |
ALIRAN BARBIZON | Aliran Barbizon ialah nama sekumpulan pelukis Perancis yang tinggal di desa Barbizon pada tahun 1830-an hingga tahun 1840-an. Kampung tersebut terletak kira-kira 56 kilometer ke selatan Paris, berhampiran hutan Fontainebleau. | UMUM | |
CALONARANG | CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno. Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang. Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya. Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan. Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya. Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang. Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan. Airlangga kembali tenteram. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |