Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.set] | ديسرت

Definisi : (désert) bp pembasuh mulut, pencuci mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata desert


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NINETY MILE DESERT

Ninety Mile Desert ialah nama kawasan batu

kapur seluas 4050 hektar di bahagian tenggara

Australia Selatan dan sebahagian daripada Victoria.

Walaupun namanya adalah padang pasir, kawasan

ini sebenarnya menerima hujan tahunan antara 430

milimeter hingga 560 milimeter, dengan bekalan air

artois yang banyak dalam daerah Tintinara.

UMUM 
PAINTED DESERT

Painted Desert ialah kawasan penara yang

berwarna-warni yang merentangi kira-kira 320

kilometer di sepanjang Sungai Little Colorado di

bahagian tengah-utara Arizona, Amerika Syarikat.

UMUM 
ROMBERG, SIGMUND

Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah

muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik

untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917),

The Student Prince (1924), The Desert Song (1926),

My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up

In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan

muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama

Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular,

Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang

popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The

Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow

Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik

untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik

klasik ringan.

UMUM 

Kembali ke atas