Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : c. (unfolding) perkembangan; d. (improving value of, as by building) pembangunan, pemajuan: many companies are engaged in land ~, beberapa banyak syarikat terlibat dlm pemajuan tanah; e. (photog) pencucian; 2. result of developing, hasil; 3. new fact, event, etc, which is the result of developing, perkembangan: there was a new ~ in the peace negotiations, ada perkembangan baru dlm rundingan damai itu; he could not keep up with ~s in the field, dia tdk dapat mengikuti perkembangan dlm lapangan itu; 4. area, land, that has been developed, kawasan: a new housing ~, kawasan perumahan baru. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. act, process of, a. (becoming larger, fuller, maturer, more advanced, etc) perkembangan; (of town, country, etc) pembangunan; (of business enterprise, school, small holding, etc) maju: physical ~, perkembangan jasmani; moral ~, perkembangan akhlak; an important stage in the country’s ~, peringkat penting dlm pembangunan negara itu; b. (causing to become larger, fuller, more advanced, etc) pembinaan; (of business enterprise etc) memajukan: exercises for the ~ of muscles, senaman utk pembinaan otot; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata development


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY –FELDA) UMUM 
PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA

Persatuan Pembangunan Antarabangsa

(International Development Association–IDA) ialah

organisasi dunia yang menyediakan pinjaman

kepada negara sedang membangun untuk projek

pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960

untuk membantu negara sedang membangun yang

memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak

mendapat kemudahan pinjaman wang yang

mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa.

UMUM 
ANTARABANGSA

Tabung Pembangunan Pertanian

Antarabangsa (International Fund for

Agricultural Development-IFAD) ialah agensi khas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. IFAD

menyediakan bantuan kewangan untuk pertanian

dan pembangunan luar bandar di negara-negara

miskin yang menganggotai IFAD. Kebanyakan

negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu adalah anggota IFAD.

IFAD membiayai projek yang menggalakkan

peningkatan pengeluaran makanan di negara-negara

membangun. Ia juga berusaha

mengukuhkan dasar dan institusi pertanian negara-negara

ini dan juga meningkatkan taraf pemakanan

dan taraf hidup. IFAD ditubuhkan pada tahun 1977

dan beribu pejabat di Rom.

UMUM 
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Pertubuhan Pembangunan Industri

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNIDO–United Nations Industrial Development

Organization) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) yang menggalakkan

perindustrian di negara membangun.

UMUM 
GETAH (RISDA)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan

Rubber Industry Smallholder’s Development

Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun

Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973

di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan

nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah

(LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa

Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978,

RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan

Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992,

pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

UMUM 
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM 
RIDA

RIDA, lembaga ekonomi untuk membantu masyarakat luar bandar. RIDA ialah singkatan Rural Industrial Development Authority atau Lembaga Kemajuan dan Perusahaan Kampung. RIDA ditubuhkan pada bulan November 1950 oleh British. RIDA ditubuhkan hasil desakan Dato’ Onn Jaafar, sebagai satu tukar ganti bagi memujuk orang Melayu melonggarkan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948 mengenai Kerakyatan Persekutuan, orang bukan Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu daripada keturunan yang telah menjadi rakyat raja-raja Melayu, diterima sebagai rakyat raja. Sebagai balasannya, British bersetuju menjadikan bantuan ekonomi kepada orang Melayu sebagai satu dasar pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERBADANAN KEMAJUAN GETAH MALAYSIA (MARDEC)

Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia

(MARDEC) ialah agensi milik kerajaan yang

bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti

pengeluaran dan pemasaran getah. Perbadanan

ini lebih dikenali sebagai MARDEC iaitu singkatan

daripada Malaysian Rubber Development

Corporation.

UMUM 
PEMBANGUNAN EKONOMI

Pertubuhan bagi Kerjasama dan

Pembangunan Ekonomi ialah persatuan 25

buah negara di Eropah Barat, Amerika Utara, dan

kawasan Pasifik. Organisasi ini dikenali sebagai OECD

( Organization for Economic Cooperation and

Development ) berfungsi untuk menggalakkan

ekonomi dan kebajikan sosial negara anggota, dan

menyelaraskan usaha untuk membantu negara-

negara membangun.

UMUM 
AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH (ESA),

Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA),

menggalakkan kerjasama dalam program angkasa

lepas dalam kalangan negara Eropah Barat.

Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1975 melalui

gabungan Organisasi Pembangunan Pelancar

Eropah (European Launcher Development

Organization) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa

Lepas Eropah (ESRO). Anggota ESA terdiri daripada

Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman,

Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden,

Switzerland dan United Kingdom. Kanada dan

Finland menjadi anggota bersekutu.

UMUM 
12

Kembali ke atas