POSEIDON | Poseidon ialah dewa laut, dewa gempa bumi dan dewa kuda orang Yunani. Orang Rom menganggap Poseidon sama dengan dewa Neptune mereka. Poseidon merupakan anak kepada Rhea dan Cronus, dari keturunan dewa-dewa yang digelar Titan. Dewa Zeus dan Hades merupakan saudara kandung Poseidon. Apabila ketiga-tiga bersaudara ini mengundi untuk membahagikan alam sejagat, Poseidon mendapat laut sebagai kawasan di bawah penguasaannya, Zeus mendapat syurga dan Hades mendapat alam ghaib. Ketiga-tiga bersaudara ini memerintah bumi, tetapi Zeus yang menguasai keseluruhannya. | UMUM | |
TITAN | Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu, mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini hanyalah satu kekosongan yang dipanggil “Chaos”. Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi. Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala dewa. | UMUM | |
ELOHIM | Elohim ialah perkataan Ibrani yang bermaksud dewa-dewa, atau Tuhan, bergantung pada konteks penggunaannya. | UMUM | |
SISYPHUS | Sisyphus ialah pengasas kota Corinth dalam mitologi Yunani. Dia adalah penipu yang terkenal yang sanggup memperdayakan dewa-dewa sekalipun. | UMUM | |
TANTALUS | Tantalus ialah raja Lydia dalam mitos Yunani. Baginda adalah putera kepada Zeus dan dewi Pluto. Tantalus dihukum kerana membunuh puteranya Pelops dan mempersembahkannya kepada dewa-dewa sebagai makanan. Pelops kemudiannya telah dihidupkan semula. Di Hades, dunia orang yang telah mati, Tantalus dipaksa berdiri di bawah batu-batu yang bergantungan dengan dirinya terendam di dalam air hingga ke paras dagunya. Apabila baginda cuba minum, air itu akan hilang. Terdapat buah-buahan bergantungan dari dahan yang berada di atasnya. Tetapi apabila baginda cuba memakannya, angin kuat akan meniup dahan itu hingga baginda tidak dapat mencapainya. Dalam bahasa Inggeris, perkataan tantalize yang bermakna mengusik atau menyeksa, diambil daripada nama Tantalus. | UMUM | |
PRIAM | Priam dalam mitologi Yunani, ialah raja terakhir Troy dan pemerintah kota tersebut sewaktu Perang Trojan dengan Yunani. Dia terkenal kerana kebaikannya, kemuliaan dan rasa hormatnya kepada dewa-dewa. Isteri Priam ialah Hecuba (atau Hecube). Priam mempunyai 50 orang anak lelaki dan 50 orang anak perempuan bersama-sama Hecuba dan perempuan-perempuan lain. Anaknya yang terkenal ialah putera Hector dan Paris serta puteri Cassandra. | UMUM | |
NIKE | Nike ialah salah satu dewa yang paling tua antara dewa-dewa dalam kepercayaan Yunani purba. | SUKAN | Tokoh |
RE | Re, juga dieja Ra, ialah dewa matahari dalam mitologi Mesir. Re ialah dewa yang popular dan sering dikumpulkan bersama dewa Mesir yang lain. Oleh itu, dia sering kali digambarkan dalam pelbagai bentuk. Dewa matahari sering digambarkan sebagai sebuah cakera matahari yang ringkas. Dia juga muncul sebagai seorang kanak-kanak yang keluar dari sekuntum bunga teratai, dan sebagai seekor burung, singa, dan kucing. | UMUM | |
ODIN | Odin ialah ketua dewa dalam mitologi Norse. Dia juga dinamakan Wotan. Odin menjadi pemerintah alam semesta selepas dia dan kedua-dua abangnya, Ve dan Vili, membunuh gergasi ais Ymir, makhluk bernyawa yang pertama. Dari badan Ymir yang besar itu, mereka mencipta Midgard, iaitu bumi; dan mula membina Asgard, tempat tinggal dewa-dewa. | UMUM | |
MITHRA | Mithra ialah dewa bagi puak Arya yang tinggal di Parsi purba. Mithra yang juga dikenali sebagai Mithras, ialah tuhan yang sama seperti Mitra, dewa matahari yang wujud dalam kitab purba Hindu, Vedas. Menurut tradisi agama Zoroastrian, Mithra ialah dewa cahaya yang berkait rapat dengan matahari. Mithra dikatakan sekutu dewa Ahura Mazda. Di bawah pimpinan Ahura Mazda, Mithra dan dewa lain berperang melawan Angra Mainyu, dewa Zoroastrian yang jahat (lihat Zoroastrianisme). | UMUM | |