Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan agong; b) Pr majlis ter­tinggi bkn adat (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN NEGARADEWAN NEGARA, majlis tetinggi atau juga dikenal sebagai senat yang berfungsi membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ABANG HAJI AHMAD URAI DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, TAN SRI

ABANG HAJI AHMAD URAI DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, Tan Sri (1933-  ), ahli politik, Yang Dipertua Dewan Negara (1988-1990).  Dia lahir pada 26 Jun 1933 di Kuching, Sarawak. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYADEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYA, gabungan Dewan-dewan Perniagaan Melayu seluruh Malaya, ditubuhkan pada tahun 1956, bertujuan untuk memperjuangkan matlamat dan hak para peniaga Melayu di negara ini. Penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Malaya juga adalah selaras dengan perkembangan dunia perniagaan golongan bumiputera sendiri dan mereka menyedari keperluan sebuah dewan perniagaan bagi golongan bumiputera.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DEWAN PERNIAGAAN

Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli

peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya

dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan

ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan

negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan

perniagaan merupakan agensi rasmi, yang

ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala

dikenali sebagai lembaga perdagangan,

persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan.

International Chamber of Commerce mempunyai

ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di

seluruh dunia.

UMUM 
MAJLIS PRIVI

Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik

oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri

daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim,

dan sarjana yang dipilih dari negara-negara

Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai

simbol ketua negara Komanwel. Dalam

kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota

kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji,

apabila mereka diberi tempat dalam kabinet.

Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan

kabinet Inggeris.

UMUM 
IMPERIAL DIETMerujuk kepada Majlis Badan Perundangan Negara Jepun atau lebih dikenali sebagai Japanese Kokai (Dewan kebangsaan) dan Teikoku Gikai (Dewan Imperial).SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SENAT

Senat ialah salah satu daripada dua badan yang

membuat undang-undang dalam kebanyakan

badan perundangan. Dalam banyak badan

perundangan ini, dewan perundangan yang satu

lagi dikenali sebagai dewan perwakilan . Dalam

kebanyakan kes, senat adalah dewan

perundangan yang lebih kecil. Banyak negara

mempunyai dewan perundangan Kebangsaan

berserta senat, termasuk Amerika Syarikat,

Kanada, Australia, Perancis, Itali dan Republik

Ireland.

UMUM 
MASJID NEGARA

MASJID NEGARA, masjid negara Malaysia. Masjid ini terletak dalam sebuah kawasan seluas 5.3 hektar bersetentang dengan pejabat Keretapi Tanah Melayu. Bangunan masjid yang meliputi kawasan seluas dua hektar ini mengandungi dewan sembahyang, dewan syarahan, makam pahlawan, perpustakaan, bilik diraja dan pejabat imam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, BRUNEI DARUSSALAMDEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, BRUNEI DARUSSALAM, sebuah institusi kerajaan yang bertanggungjawab meningkatkan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu – bahasa rasmi negara. Institusi ini di bawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan diterajui oleh seorang Pengarah.BAHASAInstitusi/Organisasi
KONGRES AMERIKA SYARIKAT

Kongres Amerika Syarikat menggubal

undang-undang negara Amerika Syarikat.

Kongres mempunyai dua badan, Dewan Senat dan

Dewan Perwakilan. Kedua-duanya mempunyai

kuasa yang sama. Rakyat memilih anggota

Kongres.

UMUM 
123

Kembali ke atas