Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wang.ga] | ديواڠݢ

Definisi : (déwangga) = kain ~ (ERT) kain yg ditekat atau disulam dgn benang berwarna-warni utk membuat pelbagai corak atau gambar yg menarik, biasanya digantung di dinding dsb sbg perhiasan; sutera ~ kain sutera yg bercorak indah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewangga


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWANGGA

Dewangga ialah sejenis kain yang ditenun

dengan menggunakan pelbagai benang berwarna

untuk membentuk gambar atau corak. Kebanyakan

dewangga digunakan sebagai hiasan yang

digantung di dinding bahagian dalam bangunan.

UMUM 
BALDU DEWANGGA

BALDU DEWANGGA, sejenis kain yang berasal dari India, Arab, Parsi dan China. Kain dewangga bererti kain yang indah untuk menutupi anggota badan dipakai oleh golongan bangsawan. Istilah dewangga umumnya merujuk kepada sejenis kain yang bercorak indah (biru atau kuning di atas kain natar merah). Dengan penggunaan bahan tertentu disebut lengkap sebagai sutera dewangga atau baldu dewangga. Kain ini juga dikenal sebagai ainulbanat atau kamkha. Misalnya pada abad ke-14, China pernah mengirim bingkisan ke Melaka iaitu sutera benang emas kamkha dewangga, yang bererti kain daripada benang sutera yang dihias dengan sulaman benang.

BUDAYAKonsep
TITIK JARUM

Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang

jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik

jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia

digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet,

upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik

jarum pernah dikenali sebagai dewangga.

Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas.

Penyulam menggunakan jarum dewangga yang

tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini

termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau

yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben.

Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas

permukaan jejaring.

UMUM 
ARACHNE

Arachne ialah seorang penenun yang mahir

dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar

bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik

daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan

kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne

untuk menyertai pertandingan menenun. Athena

menenun dewangga yang menggambarkan

manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan

mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan

tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena

melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun

mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba

menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu

menukarkannya menjadi seekor lelabah.

Kemahiran Arachne masih bertahan dalam

memintal sarang oleh lelabah.

UMUM 
ZAHARAH NAWAWIZAHARAH NAWAWI (1940-    ), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1940 di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor.  Nama penuhnya ialah Zaharah binti Haji Nawi.  Dia menggunakan nama samaran seperti I.M., Iman Murni, Pena Mutiara, Zahni Batu Pahat, Zahni Malaya, Sutera Dewangga dan Julai Isytihar dala  penulisnya.SASTERATokoh

Kembali ke atas