Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewey


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWEY, MELVIL LOUIS KOSUTHTokoh yang membina sistem perpustakaanTEKNOLOGITokoh
PENGELASAN PERPULUHAN DEWEY UMUM 
DEWEY, JOHN

Dewey, John (1859–1952) ialah ahli falsafah dan

pendidik Amerika. Dia salah seorang ahli falsafah

pertama yang dipengaruhi oleh psikologi dan

teori evolusi yang diutarakan oleh ahli alamiah

Inggeris, Charles Darwin.

UMUM 
DEWEY, GEORGE

Dewey, George (1837–1917) ialah pegawai

tentera laut Amerika yang termasyhur sebagai hero

Manila dalam Perang Amerika–Sepanyol (1898).

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 

Kembali ke atas