Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep adi; dipati adipati; diraja adiraja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di III


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALIM III

Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera

Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda

merupakan sultan ke-28 dalam salasilah

Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III

menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya

Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M.

Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan,

keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia

dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah

sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789

M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang

terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri

Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada

tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir

dengan perdamaian antara kedua-dua negara

tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya

Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan

sebahagian negeri Quban, Busarabia dan

beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga

diserahkan melalui Perjanjian Yash.

UMUM 
MUHAMMAD III

Muhammad III (975 H.–1012 H. /1567 M.–1603 M.),

sultan ke-13 kerajaan Uthmaniyyah. Baginda

dilahirkan di Islambul (Istanbul) dan menaiki takhta

pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya

Sultan Murad III ibn Sultan Salim II pada tahun 1004

H./ 1595 M. Bondanya Safiyyah memainkan peranan

paling besar dalam pemerintahannya.

UMUM 
DARIUS III

Darius III (330–380 S.M.) ialah raja Parsi yang

terakhir. Dinasti ini berjaya meluaskan empayar-empayar

besar dunia, iaitu di barat Asia pada abad

ke-6 SM.

UMUM 
NAPOLEON III

Napoleon III (1808–1873), memerintah sebagai

Maharaja empayar Perancis dari tahun 1852 hingga

tahun 1870, dan dikaitkan dengan perubahan utama

politik di Eropah.

UMUM 
DOOLEY, THOMAS ANTHONY, III

Dooley, Thomas Anthony, III (1927–1961),

doktor Amerika yang menjadi masyhur pada tahun

1950-an sebagai doktor hutan di Laos.

UMUM 
MAKARIOS III

Makarios III (1913–1977) ialah paderi Ortodoks

Yunani yang menjadi presiden pertama Cyprus

pada tahun 1959. Pada bulan Julai 1974, dia

digulingkan oleh tentera Cyprus di bawah

pimpinan pegawai-pegawai Yunani. Dengan itu, dia

terpaksa meninggalkan negara tersebut. Dia

kembali ke Cyprus pada bulan Disember 1974 dan

sekali lagi menjadi presiden sehingga dia

meninggal dunia pada tahun 1977. Semasa

Makarios tidak menjadi presiden, tentera Turki

telah menawan sebahagian besar bahagian timur

laut Cyprus.

UMUM 
ALEXANDER III

Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus

pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I,

menyokong seorang antipaus yang bernama Victor

IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal.

Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus

menyebabkan perpecahan antara golongan paus

yang membawa kepada terpilihnya tempat

golongan antipaus di sepanjang pemerintahan

Alexander.

UMUM 
PERTEMPURAN BOYNE

Pertempuran Boyne ialah pertempuran

muktamad dalam pergelutan di antara bekas Raja

James II England dengan penggantinya, William III,

untuk menguasai Ireland. Pertempuran itu berlaku

di tebing Sungai Boyne, di barat laut Dublin.

UMUM 
STRASBOURG

Strasbourg (pend. 255 937, pend. kaw. met.

388 483) ialah sebuah pusat perdagangan di

Perancis. Ia terletak di tebing Sungai III dan

terusan Strasbourg yang bersambung dengan

Sungai Rhine menjadikan Strasboug sebuah

pelabuhan penting. Ia terletak 400 kilometer ke

timur Paris (lihat Perancis [peta politik]). Kilang di

Strasbourg mengeluarkan bahan kimia, barangan

kulit, logam, kertas, plastik, dan tekstil.

UMUM 
SETI I

Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.)

ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal

pemerintahannya, baginda telah mengadakan

sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai

usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit

dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di

Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos.

Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle

Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang

dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan

disempurnakan oleh puteranya Ramses II.

Makamnya yang merupakan binaan paling indah

di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817

manakala mumianya bersama-sama dengan mumia

Ramses II  ditemui pada tahun 1881, dalam

satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri.

UMUM 
12345

Kembali ke atas