MENARA KUALA LUMPUR | Menara Kuala Lumpur ialah menara komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian Berhad (MKLSB), iaitu sebuah anak syarikat TELEKOM Malaysia. | UMUM | |
KABUL | Kabul (pend. 1 036 407) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Afghanistan. Keluasannya termasuk kawasan di sepanjang tebing Sungai Kabul di timur Afghanistan. Bandar ini terletak 1795 meter di atas aras laut di Pergunungan Hindu Kush. | UMUM | |
SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
SHOVE-HALFPENNY | Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua orang pemain atau dua buah pasukan. Permainan ini dimainkan di atas papan yang berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan kepada dua petak. Pemain menggunakan lima cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25 milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera terjuntai di hujung papan. Mereka cuba memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan. Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak. | UMUM | |
TERATAI | Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan tempat adalah telipuk Mesir. Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya. Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros yang lebarnya mungkin 30 sentimeter. Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2 meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya kembang di atas permukaan air. Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir, India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis Mesir purba. | UMUM | |
AYERS ROCK | Ayers Rock ialah singkapan batuan yang amat besar di wilayah utara Australia. Ia muncul secara tiba-tiba dari kawasan tanah rata berpasir setinggi 335 meter. Ia terletak lebih kurang 450 kilometer di tenggara Alice Springs, 867 meter di atas aras laut. Panjang batu ini melebihi 2.4 kilometer dan lebarnya pula melebihi 1.6 kilometer. Ukuran keliling batu ini di tapaknya ialah lapan kilometer. | UMUM | |
PELANA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELANA, lapik atau alas tempat duduk di atas belakang binatang tunggangan seperti kuda, keldai, sapi, kerbau dan unta. Pelana digunakan untuk keselesaan penunggang. | BUDAYA | Alat/Alatan |
RECIFE |
Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]). Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil, tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur, dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan gula. Recife mempunyai empat buah universiti. Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823. | UMUM | |
SUNGAI YANGTZE | Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze dikenali sebagai Chang Jiang, atau sungai panjang. Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian tengah China dan memasuki Laut China Timur, 6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira 1 829 000 kilometer persegi. | UMUM | |
PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA, pemerintahan Jepun di Nusantara semasa Perang Dunia Kedua. Penaklukan Jepun di Nusantara bermula dengan serangan ke atas Tanah Melayu pada 7 Disember 1941. hingga 15 Februari 1942, tentera Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Singapura, Brunei serta sebahagian Sumatera. Pada 9 Mac 1942, seluruh Indonesia ditakluki setelah Belanda menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |