Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bahagian

Puisi
 

Kapal layar bertiang tiga,
     Tiang keempat batang galah;
Ikhtiar ilmu bahagian kita,
     Hasil pendapatan di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBYA

Libya ialah sebuah negara Arab yang terletak

di utara Afrika di pesisir Laut Mediterranean. Ia

berjiran dengan Mesir dan Sudan di bahagian

timur, Chad dan Nigeria di bahagian selatan dan

juga Algeria dan Tunisia di bahagian barat. Tripoli

merupakan bandar terbesar dan ibu negara Libya.

UMUM 
MALI

Mali ialah negara yang besar di bahagian barat

Afrika. Gurun Sahara yang luas di Afrika meliputi

separuh negara ini di bahagian utara. Padang

rumput yang beralun meliputi kebanyakan

bahagian lain Mali.

UMUM 
KHAN

Khan ialah perkataan yang kini digunakan untuk

maksud tuan di Afghanistan dan di bahagian-bahagian

lain Asia Tengah.

UMUM 
JAHAI

JAHAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Sebahagian besar masyarakat Jahai terdapat di bahagian timur negeri Perak, manakala selebihnya di bahagian barat laut negeri Kelantan. Bagaimanapun, mereka bergerak bebas di dalam kawasan atau wilayah Jahai di kedua-dua negeri ini tanpa dibatasi konsep hak mutlak ke atas tanah atau kawasan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PUNJAB

Punjab merangkumi dataran yang sangat luas di

selatan Asia. Ia terletak sebahagiannya di bahagian

utara India dan sebahagian lagi di bahagian timur

laut Pakistan. Wilayah Punjab mempunyai kawasan

seluas kira-kira 700 000 kilometer persegi. Wilayah

itu termasuk negeri Punjab dan Haryana di India

dan provinsi Punjab di Pakistan.

UMUM 
MACAO

Macao, juga dieja Macau, ialah wilayah Portugis

yang terletak di bahagian tenggara pantai negara

China. Wilayah ini terdiri daripada bandar raya

Macao yang terletak di bahagian semenanjung, dan

tiga buah pulau kecil. Wilayah ini mempunyai

penduduk seramai 436 000 orang dan meliputi 15

kilometer persegi. Wilayah ini terletak di muara

Sungai Zhu Jiang (Sungai Mutiara), lebih kurang 65

kilometer di barat Hong Kong. Untuk lokasi, lihat Asia

(peta politik).

UMUM 
SAXONY

Saxony ialah sebuah negeri di bahagian tengah

timur Jerman. Ia meliputi kawasan seluas 18 300

kilometer persegi.

UMUM 
MASSACHUSETTS

Massachusetts ialah negeri di bahagian timur

laut Amerika Syarikat. Boston, ibu negeri dan

bandar terbesarnya merupakan sebuah

pelabuhan, lapangan terbang dan pusat

kewangan utama Amerika Syarikat.

UMUM 
MAHARASHTRA

Maharashtra ialah negeri di bahagian utara

pantai barat India. Pusat utama negeri ini ialah

Mumbai, juga dikenali sebagai Bombay, iaitu ibu

kota perdagangan bagi India. Maharashtra ialah

negeri pertanian dengan sektor industri yang

berkembang pesat.

UMUM 
SAGU

Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah

yang mampung atau empulur, daripada pelbagai

pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali

sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan

terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu

dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan

masakan komersial. Tepung sagu digunakan

kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai

pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah

dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan

utama orang Hindia Timur.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas