| PENGAJIAN MELAYU DI LUAR NEGARA | PENGAJIAN Melayu DI LUAR NEGARA, pengajian Melayu di beberapa pusat di luar negara. Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negara ditubuhkan di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat, Belanda, China, Itali, Jerman, Rusia, Thailand, United Kingdom, Australia, Poland dan Filipina. Tertubuhnya pusat ini ekoran daripada minat beberapa pedagang Barat terhadap bahasa Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
| PERIKATAN PEMUDA MELAYU DI LUAR TANAH AIR | PERIKATAN PEMUDA MELAYU DI LUAR TANAH AIR, pertubuhan pemuda Tanah Melayu di Indonesia. Pertubuhan ini lebih dikenal sebagai Perikatan. Perikatan ditubuhkan di Jakarta, Indonesia pada 22 Disember 1952. Perikatan dipimpin oleh Syekh Gharieb bin Syekh Raouf (ketua umum), Ahmad bin Haji Salam (wakil ketua umum), Rukiah Itam (setiausaha jeneral) dan Yaacub Alias (setiausaha I merangkap ketua penerangan). Tujuan penubuhan Perikatan adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| AMARYLLIS | Amaryllis ialah famili yang terdiri daripada lebih 1200 spesies bunga. Kebanyakan spesies tumbuh di luar di kawasan panas. Dalam iklim sejuk, amaryllis biasanya ditanam di dalam sebagai tanaman pasu pada musim sejuk dan dipindahkan ke luar pada musim panas. | UMUM | |
| SIPADAN | Pulau pelancongan di luar pantai Semporna, Sabah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| PUPU | Pupu ialah orang di luar lingkungan keluarga terdekat kita yang ada hubungan dengan kita oleh pertalian darah dan berasal daripada nenek moyang yang sama. Carta ini menunjukkan pertalian pupu. | UMUM | |
| PERSEKITARAN | Persekitaran ialah semua benda yang berada di luar sesuatu organisma. Persekitaran manusia meliputi faktor seperti suhu, bekalan makanan, dan manusia lain. Persekitaran tumbuh- tumbuhan boleh terdiri daripada tanah, cahaya matahari, dan haiwan yang akan memakan tumbuh-tumbuhan. Faktor persekitaran tidak bernyawa, seperti suhu dan cahaya matahari, membina persekitaran abiotik . Benda bernyawa seperti lumut dan makanan mewujudkan persekitaran biotik . Kedua-dua persekitaran abiotik dan biotik saling berhubungan dalam mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk benda hidup dan bukan hidup. | UMUM | |
| NISTAGMUS | Nistagmus ialah gerakan mata yang berirama dan di luar kawalan. Mata boleh bergerak dari sisi ke sisi, ke atas dan ke bawah, dalam bulatan, atau gabungan bentuk-bentuk gerakan tersebut. Pergerakan ini boleh cepat atau perlahan, dan tersentak-sentak atau lancar. | UMUM | |
| TIERRA DEL FEUGO | Tierra del Feugo ialah nama gugusan pulau yang terletak di luar di hujung paling selatan di Amerika Selatan. Tierra del Feugo bermaksud Tanah api. Nama ini diberi oleh Ferdinand Magellan pada tahun 1520 kerana dia ternampak api di sepanjang pantai. Ketika penduduk asli yang tinggal di sini biasanya memasang banyak unggun api untuk memanaskan diri, Magellan sedang mencari laluan ke Pasifik. | UMUM | |
| IKAN PARU-PARU | Ikan paru-paru ialah sejenis ikan yang boleh bernafas di luar air. | UMUM | Umum |
| KAUNTI | Kaunti merupakan pembahagian wilayah sesebuah negara, negeri atau daerah di luar bandar yang ditubuhkan sebagai satu unit kerajaan tempatan. | UMUM | |