PENGAJIAN MELAYU DI LUAR NEGARA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI LUAR NEGARA, pengajian Melayu di beberapa pusat di luar negara. Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negara ditubuhkan di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat, Belanda, China, Itali, Jerman, Rusia, Thailand, United Kingdom, Australia, Poland dan Filipina. Tertubuhnya pusat ini ekoran daripada minat beberapa pedagang Barat terhadap bahasa Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PULAU LUNDY | Pulau Lundy ialah pulau di Selat Bristol di luar pantai utara Devon di United Kingdom. Ia terletak kira-kira 39 kilometer ke barat Ilfracombe dan 19 kilometer ke utara Tanjung Hartland. Ia berukuran empat kilometer panjang 1 kilometer lebar. Pulau ini merupakan balai cerap burung yang dikawal oleh British Trust for Ornithology. Banyak burun g puffin membiak di Pulau Lundy. Peninggalan Istana Kota Marisco masih terdapat di pulau tersebut. Lundy dimiliki oleh National Trust. | UMUM | |
TISU PENGHUBUNG | Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1) tisu penghubung sempurna yang lembut, (2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia tentang Rawan dan Tulang . | UMUM | |
SAN JUAN | San Juan (pend. 434 849; pend. kaw. met. 1 086 376) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Puerto Rico. Bandar ini juga merupakan pelabuhan utama pulau ini. Bahagian lama bandar ini terletak di pulau di luar pinggir laut utara Puerto Rico. Kawasan kediaman yang baru terletak di pulau utama. Empat buah jambatan dan sebatang jalan dibina untuk menghubungkan kedua-dua bahagian tersebut. | UMUM | |
DATUK BENTARA LUAR | DATUK BENTARA LUAR, gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Antara negeri yang menggunakan gelaran ini termasuklah Kelantan dan Johor. Dalam huraian tentang Datuk Bentara Luar ini, rujukan hanya kepada negeri Johor. Pada tahun 1883, kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar mewujudkan semula gelaran Datuk Bentara Luar kepada pegawai yang menjadi Ahli Jemaah Menteri. Gelaran Datuk Bentara Luar disandang oleh Muhammad Salleh Perang, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Tanah Negeri. Namun begitu pada tahun 1895, berkuatkuasa fasal 39, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, tidak mensyaratkan seseorang itu menjadi menteri bergelar Datuk, sama ada gelaran kepada pegawai kerajaan atau Datuk yang dianugerahkan oleh Sultan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
MAINE | Maine (pend. 1 233 223) ialah sebuah negeri di timur laut Amerika Syarikat. Luasnya 86 156 kilometer persegi. Bandar-bandar terbesarnya ialah Portland, Lewiston dan Bangor. Augusta ialah ibu negerinya. Nama Maine mungkin bererti mainland (tanah besar) dalam bahasa Inggeris. Penjelajah- penjelajah awal Inggeris menggunakan istilah The Main untuk membezakan tanah besar daripada pulau-pulau di luar pantai. | UMUM | |
DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG | DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG, dibahagikan kepada tiga, iaitu dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa, dialek Melayu berdasarkan masyarakat atau sosial, dan dialek Melayu berdasarkan daerah atau geografi. 1"> Dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa ialah berpusat di Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera yang telah mengalami sejarah yang panjang. Sejarah kewujudannya bermula pada awal abad ke-4 M. di Vietnam, kemudian pada akhir abad ke-7 M. di Sumatera Selatan. Selepas itu, perkembangannya dikesan di tempat lain seperti di Pagarruyung (Sumatera Barat), Muara Takus (Riau), Samudera-Pasai (Aceh), Ligor (Thai), dan Terengganu (Malaysia). | BAHASA | Bahasa |
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA) | Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan berkanun yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority. | UMUM | Umum |
NEW HAMPSHIRE | New Hampshire (pend. 1 113 915) ialah negeri di timur laut Amerika Syarikat. Ia meliputi kawasan seluas 24 032 kilometer persegi di wilayah New England . Ia terkenal dengan keindahan semula jadinya serta aktiviti luar sepanjang tahun. Manchester dan Nashua ialah bandar terbesar negeri ini. Ibu negerinya ialah Concord. Longgokan besar granit yang terdapat di situ menyebabkan New Hampshire digelar Negeri Granit . | UMUM | |
DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA | DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA, kurniaan daripada kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap khidmat cemerlang seseorang yang dianggap di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa. Pengurniaan tersebut merupakan kenaikan taraf seseorang daripada yang bertaraf biasa ke taraf yang lebih tinggi dari segi protokol kerajaan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |