PETA | Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana cakerawala lain yang dilukis atau dicetak. Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata, walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola. | UMUM | |
EKUINOKS | Ekuinoks ialah salah satu daripada dua hari, dalam setahun apabila matahari berada tegak di atas khatulistiwa bumi. Pada waktu ini siang dan malam hampir sama panjangnya di mana-mana tempat di dunia. | UMUM | |
PIROKSEN | Piroksen adalah mana-mana kumpulan mineral yang memainkan peranan penting dalam pembentukan banyak jenis batuan. Piroksen wujud dengan meluas dalam kerak bumi di benua dan lautan, dan juga dalam batu-batan di kerak luar bulan. | UMUM | |
KUMBANG | Kumbang ialah satu daripada serangga yang paling biasa. Terdapat kira-kira 300 000 spesies (jenis) kumbang. Ia hidup di mana sahaja di bumi kecuali di lautan. Kumbang didapati di hutan hujan dan di gurun. Ia tinggal di kawasan sejuk membeku dan di mata air panas. Kumbang tinggal di tasik gunung, malah boleh hidup dalam pembetung yang tercemar. | UMUM | |