ATAKSIA | Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot. Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan. Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia memejamkan matanya. | UMUM | |
ASCH, SHOLEM | Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish. Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha mencari kesucian. | UMUM | |
SEPINA | Sepina ialah perintah undang-undang bertulis atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub , yang bermakna di bawah , dan peona yang bermakna denda atau penalti . Seseorang yang menerima sepina hendaklah mematuhinya, dengan pengertian dia akan menerima penalti kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum (bermakna membawa bersama-sama anda dengan penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas, buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain. Lihat juga Saksi . | UMUM | |
PROKSI | Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas untuk membentangkan satu laporan penting dalam mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan, anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan laporan anda dalam mesyuarat kelab itu. | UMUM | |
SALOMA | Saloma, (1935–1983), penyanyi, pelakon dan Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang seni bermula semenjak zaman persekolahan. Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil bahagian dalam drama berjudul “Gadis Moden” dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek, kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan persekolahannya. | UMUM | |
PERAYAAN SAINT NICHOLAS | Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak- kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi santo penaung kepada kanak-kanak semenjak Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint. Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan paginya mereka mendapati jerami dan lobak merah tadi telah digantikan dengan mainan- mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak- kanak itu nakal, dia akan menerima rotan penyebat. | UMUM | |
MAT JENIN | MAT JENIN, cerita jenaka Melayu. Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan. Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa. Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya. Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam. Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing. Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau. Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah. Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja. Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa. Dia jatuh ke tanah lalu mati. | SASTERA | Karya |
ARMINIUS, JACOBUS | Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran tentang pandangan penganut berfahaman Calvin yang amat taksub tentang takdir , kenyataan bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak. Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih dahulu siapa yang percaya kepada Jesus. Bagaimanapun, setiap individu masih boleh menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar bahawa setiap orang akan terjamin untuk terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin Arminius ini dinamakan Arminianisme. | UMUM | |
SATIE, ERIK | Satie, Erik (1866–1925), penggubah Perancis, menghabiskan seluruh kerjayanya dengan mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan dia amat tidak gemar akan romantisme dan impresiosisme. Caranya menangani bentuk harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi banyak penggubah. | UMUM | |
SHIVA | Shiva, dewa Hindu yang utama selain Vishnu Shiva ialah dewa sakti yang digambarkan memiliki kebaikan dan kejahatan. Penganut Hindu menggelarnya Pemusnah kerana ada masanya dia akan memusnahkan dunia ini untuk menciptanya semula. | UMUM | |