SMEATON, JOHN | Smeaton, John (1724–1792) ialah jurutera British yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat para jurutera lain dan membina rumah api itu daripada blok batu yang ditanggam bersama. Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100 tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka bentuk dan membina jambatan, kincir air, pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain. Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran Leeds, England. | UMUM | |
PERON, FRANÇOIS | Peron, François (1755–1810), ahli alamiah Perancis. Dia ialah orang pertama yang menulis perihal Orang Asli Tasmania. | UMUM | |
SAMOSET | Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang Asli Amerika suku Pemaquid dan mula berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621, Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan Plymouth dengan muncul di jalan raya serta mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit, ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada John Brown, salah seorang peneroka di situ. | UMUM | |
DUNLAP, WILLIAM | Dunlap, William (1766–1839) dikenali sebagai bapa drama Amerika. Dia merupakan orang yang pertama menjadi penulis drama profesional, yang pertama mementaskan dramanya sendiri, dan orang yang pertama memperjuangkan hak penulis drama bumiputera Amerika. | UMUM | |
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN | Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865) ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang pertama sekali membuktikan bahawa sejarah manusia sebelum bermulanya rekod bertulis, boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada orang ramai tentang perkara ini mendorongnya mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di Copenhagen pada tahun 1846. | UMUM | |
POCAHONTAS | Pocahontas (1595?–1617?) ialah anak perempuan ketua Orang Asli Amerika, Powhatan. Dia bekerja untuk mengekalkan persahabatan antara Orang Asli Amerika dengan penjajah Inggeris yang awal di Amerika. Kapten John Smith, pemimpin peneroka di Jamestown, Virginia mendakwa bahawa Pocahontas pernah menyelamatkan nyawanya. Smith menulis dalam bukunya The Generall Historie of Virginia, New England, and the Summer Isles (1624) bahawa Powhatan ingin membunuhnya dengan belantan batu. Smith mendakwa bahawa Pocahontas telah meletakkan kepalanya pada Smith dan merayu pada ayahnya supaya tidak membunuh Smith. Tetapi cerita ini tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana buku-buku terawal Smith gagal menjelaskan punca kejadian ini. | UMUM | |
POST, WILEY | Post, Wiley (1899–1935) ialah juruterbang perintis Amerika. Dia adalah orang yang pertama melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia. Dia melakukan penerbangan bersejarah itu pada tahun 1933 dalam sebuah pesawat Lockheed Vega berenjin tunggal dengan nama julukan Winnie Mae . | UMUM | |
SANGER, FREDERICK | Sanger, Frederick (1918– ) ialah ahli biokimia British, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1958 dan 1980 bagi bidang kimia. Dia menjadi orang kedua yang menerima dua Hadiah Nobel bagi bidang yang sama. Orang yang pertama ialah John Bardeen, yang menerima dua Hadiah Nobel bagi bidang fizik. | UMUM | |
ROOSEVELT, ELEANOR | Roosevelt, Eleanor (1884–1962), isteri Presiden Franklin D. Roosevelt. Dia menjadi orang kenamaan yang disanjung ramai kerana pencapaiannya sendiri. Dia barangkali merupakan wanita utama yang paling aktif dalam sejarah Amerika. Roosevelt, anak saudara perempuan Presiden Theodore Roosevelt, menjadi masyhur kerana usahanya dalam kegiatan kemanusiaan. | UMUM | |
ASMAH HAJI OMAR, DATO' | Asmah Haji Omar, Dato’ (1940– ), ahli bahasa. Dia ialah orang pertama yang dilantik menjadi Profesor Linguistik Melayu di Universiti Malaya. Asmah juga merupakan wanita Melayu pertama yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. | UMUM | |