Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.bé.tés] | ديابيتيس

Definisi : (diabétés) keadaan yg dicirikan dgn perembesan dan perkumuhan air kencing yg berlebihan, penyakit kencing manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dia.bé.tés] | ديابيتيس

Definisi : /diabétés/ ist keadaan yg dicirikan oleh perembesan dan perkumuhan air kencing yg berlebihan; kencing manis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diabetes


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIABETES

Diabetes ialah nama dua penyakit yang

mempunyai gejala yang serupa, rasa dahaga

yang berlebihan dan pengeluaran air kencing

yang banyak. Diabetes biasanya merujuk kepada

diabetes melitus, yang merupakan penyakit

yang paling biasa, apabila tubuh tidak boleh

menggunakan gula secara normal. Dalam penyakit

yang satu lagi, diabetes insipidus, kelenjar pituitari

atau hypothalamus, satu bahagian daripada otak,

tidak berfungsi secara normal.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 

Kembali ke atas