PSIKOLOGI KLINIKAL | Psikologi klinikal ialah kajian saintifik, diagnosis dan rawatan terhadap orang yang mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya. Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental. Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan personaliti. | UMUM | |
OFTALMOLOGI | Oftalmologi ialah bidang perubatan yang melibatkan diagnosis dan rawatan penyakit mata. Ahli oftalmologi , kadangkala dinamakan okulis , mesti mempunyai ijazah perubatan dan latihan khusus selama tiga hingga lima tahun di hospital. | UMUM | |
NEUROLOGI | Neurologi ialah bidang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan terhadap penyakit sistem saraf dan otot. Sistem saraf mengandungi otak, saraf tunjang, dan saraf (lihat Sistem saraf ). Ahli neurologi ialah doktor yang menerima latihan kepakaran dalam neurologi selepas tamat sekolah perubatan dan latihan sambil kerja. Mereka menilai dan merawat pesakit yang mengalami sakit kepala, mendapat serangan sakit jantung tiba-tiba, atau strok atau pesakit yang mendapat gangguan seperti penyakit Alzheimer, Huntington, meningitis, sklerosis berbilang, distrofi otot, dan Parkinson. | UMUM | |
PSIKIATRI | Psikiatri ialah cabang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan penyakit mental. Pakar psikiatri ialah doktor yang menjalani latihan beberapa tahun untuk merawat pesakit mental selepas layak menjadi doktor. | UMUM | |
DERMATOLOGI | Dermatologi ialah cabang perubatan yang menangani pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit kulit. Doktor yang mengkhusus dalam bidang ini dikenali sebagai ahli dermatologi. | UMUM | |
KARDIOLOGI | Kardiologi ialah cabang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan gangguan jantung. | UMUM | |
KIROPODI | Kiropodi yang juga dinamakan podiatri, ialah cabang perubatan yang berkaitan dengan pemeriksaan, diagnosis, rawatan, dan pencegahan penyakit kaki, pergelangan kaki dan tumit manusia. | UMUM | |
KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN | Kejuruteraan bioperubatan ialah bidang yang menggunakan pengetahuan kejuruteraan untuk menyelesaikan masalah-masalah biologi dan perubatan. Jurutera bioperubatan terdiri daripada golongan profesional penjagaan kesihatan, termasuk doktor, jururawat, dan juruteknik perubatan. Terdapat juga, jurutera bioperubatan terlibat dalam menjalankan diagnosis dan rawatan penyakit manusia. Ada pula menjalankan penyelidikan, mereka bentuk peralatan perubatan, atau membina prosedur perubatan yang baharu. | UMUM | |
MIALGIK ENSEFALOMIELITIS (ME) | Mialgik ensefalomielitis (ME) juga dikenali sebagai sindrom lesu kronik ialah sejenis gangguan yang menimpa kebanyakan orang dewasa. Ia dicirikan oleh lesuan teruk yang boleh berlaku berulang kali dari semasa ke semasa ataupun terjadi berterusan untuk berbulan-bulan lamanya ataupun lebih. Semasa tempoh itu, pesakit biasanya kekurangan tenaga untuk menjalankan kebanyakan kegiatan harian yang ingin mereka lakukan. Tanda-tanda lazim lain termasuklah sakit dalam otot-otot dan sendi, sakit kepala, kecelaruan mental, kemurungan, resah dan rasa jengkel. Suatu diagnosis diperlukan bagi mencari gejala-gejala dan mengetepikan sebab-sebab lain yang mungkin menyebabkan keadaan itu. | UMUM | |