Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diajar

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak usah itik diajar berenang.

Bermaksud :

Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak diajar anak buaya berenang).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG NURI

Burung nuri adalah satu daripada famili besar

burung yang berwarna-warni. Kebanyakan spesies

(jenis) burung nuri terdapat di kawasan tropika.

Burung nuri merupakan haiwan kesayangan yang

popular kerana ia mudah dijinakkan dan dapat

diajar berkata-kata.

UMUM 
SHARP, CECIL

Sharp, Cecil (1859–1924) ialah salah seorang

pengumpul utama muzik rakyat Inggeris. Dia

mengembara ke seluruh England, dan ke

Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat,

untuk mendengar muzik rakyat. Sharp lahir di

London. Setelah selesai pengajiannya, dia tinggal

di Australia selama beberapa tahun. Dia kembali

ke England dan menjadi guru muzik di sekolah.

Dia percaya bahawa muzik tradisional Jerman

eksklusif yang diajar di sekolah ketika itu, perlu

ditambah dengan beberapa muzik British. Idea ini

mendorongnya memulakan penyelidikan terhadap

muzik rakyat.

UMUM 
RAJA BOT RAJA JUMAAT

RAJA BOT RAJA JUMAAT (1849-1916), pentadbir daerah Lukut. Dia adalah putera Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan ibunya ialah Senai, puteri Sultan Muhammad. Semasa berumur lapan tahun, dia telah khatam al-Qur’an. Tiga tahun kemudian dia dihantar ke Melaka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Melaka. Dia dijaga oleh Kolonel Ronald Macpherson, Residen Kauselor Melaka. Selepas itu, dia diajar hal-hal perniagaan oleh Baba Chee Yam Chuan, saudagar Melaka yang juga sabahat baik Raja Jumaat. Chee Yam Chuan banyak membantu pembangunan Lukut. Raja Bot kembali ke Lukut setelah berada di Melaka selama dua tahun. Dalam usia 13 tahun, dia membantu ayahnya menjalankan peniagaan, khususnya membeli keperluan seperti pakaian, candu dan makanan yang dijual kepada pekerja lombong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK BAGIH

TUK BAGIH, orang yang memainkan peranan penting dalam upacara bagih.  Tuk bagih biasanya terdiri daripada seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an atau 60-an.  Tuk bagih mewarisi ilmu bagihnya daripada keluarga.  Ilmu bagih tidak diajar atau diturunkan kepada sembarang orang, kecuali ahli keluarga yang didapati layak dan sesuai mengamalkan ilmu tersebut.  Tuk bagih juga terdiri daripada orang kampung yang berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran kecuali sekadar tahu menulis dan membaca, malah terdapat tuk bagih yang buta huruf.

BUDAYAJawatan/Gelaran
PENGAJIAN MELAYU DI AUSTRALIA

PENGAJIAN Melayu DI AUSTRALIA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Australia ditubuhkan pada tahun 1956.  Kerajaan Australia telah meminta tiga buah universiti iaitu, University of Sydney, University of Melbourne dan Canberra University College (kini Australian National University) menyediakan pengajaran dalam Pengajian Melayu dan Indonesia.  Kini, terdapat Jabatan Pengajian Melayu dan Indonesia di hampir setiap universiti utama di Australia.  Bahasa Melayu dan Indonesia juga diajar secara meluas di sekolah menengah, malah di sekolah rendah di Australia.

BAHASABahasa

Kembali ke atas