ARIANISME | Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah, Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius, Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia. Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia daripada Roh Kudus. | UMUM | |
SWEDENBORGIAN | Swedenborgian ialah orang yang mengikut rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817. Sebuah badan yang berasingan, iaitu General Church of the New Jerusalem, diasaskan pada tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya dengan cara bersekutu dengan badan-badan di Amerika Syarikat atau dengan Conference of the New Church di United Kingdom. | UMUM | |
MAIMONIDES, MOSES | Maimonides, Moses (1135–1204), ahli falsafah Yahudi yang paling penting pada Zaman Pertengahan. Maimonides mencuba menunjukkan keserasian falsafah yang diajarkan oleh pemikir Yunani purba, Aristotle, dengan tradisi Yahudi. | UMUM | |
PENGAJIAN MELAYU DI BELANDA | PENGAJIAN Melayu DI BELANDA, pusat pengajian bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran di Universiti Leiden mulai tahun 1876, dalam rangka pengembangan pengajian bahasa, budaya dan sastera Indonesia. Pengembangan itu berkaitan langsung dengan peluasan dan pengintensifan pentadbiran Belanda di Hidia Belanda. Di samping bahasa Melayu, diajarkan juga bahasa Jawa, ilmu bangsa-bangsa Indonesia, sejarah Indonesia dan ilmu undang-undang Indonesia. Pada bahagian pertama abad ke-20, bidang pengajian Indonesia semakin berkembang. Pengkaji pertama untuk bahasa Melayu ialah J. Pijnappel (1877-1889), H.C. Klinkert (1890-1905), Ch.A. van Ophuysen (1904-1917), dan Ph.S. van Ronkel (1919-1940). Sebelum pengajian bahasa Asia, Universiti Leiden memberi penumpuan kepada bahasa Ibrani, Arab dan Parsi. Pada abad ke-19, Bahagian Sastera Timur Fakulti Sastera diperluas, mencukupi bahasa Sanskrit, kemudian bahasa Jepun. | BAHASA | Bahasa |
PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA | PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta. Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu. Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak. | BAHASA | Persatuan |