SWETTENHAM, SIR FRANK | Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat) negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya, kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun 1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah Melayu. Dia bersara pada tahun 1904. | UMUM | |
KIERKEGAARD, SØREN AABYE | Kierkegaard, Søren Aabye (1813–1855), ahli falsafah dan pemikir agama Denmark yang diakui sebagai salah seorang daripada pengasas fahaman eksistenstialisme. | UMUM | |
SULTAN ALI ISKANDAR SYAH | SULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ORANG BELAIT | ORANG BELAIT, satu rumpun bangsa Melayu yang diakui sebagai puak jati Melayu dan diiktiraf sebagai warganegara Brunei Darussalam. Di Negara Brunei Darussalam, bangsa Belait lebih dikenal sebagai puak Belait atau orang Belait. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |