SILIKOSIS | Silikosis ialah penyakit paru-paru yang dialami oleh seseorang apabila seseorang itu tersedut habuk silika berhablur. Pendedahan pada habuk silika – yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit silikosis – banyak berlaku terutamanya di kalangan pekerja faundri besi dan keluli, pekerja peletup pasir, penggerudi batuan, pelombong, dan pekerja yang menghasilkan barang-barang tembikar, kaca, dan pelelas. | UMUM | |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |
SAKIT KEPALA | Sakit kepala ialah salah satu penyakit yang paling lazim dialami manusia. Rasa sakit dalam kepala berbeza-beza daripada ringan hingga kepada teruk dan boleh hilang dalam masa kurang daripada satu jam atau berhari-hari. | UMUM | |
SOSIALISASI | Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku, merujuk kepada proses kompleks yang dialami oleh individu ketika belajar mengenal dan melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat, idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli psikologi, dan ahli sosiologi menganggap sosialisasi sebagai salah satu cara utama masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. | UMUM | |
MEMORI | Memori ialah kebolehan untuk mengingat sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah dialami. Memori merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak mengingati langsung tentang masa lampau, maka kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami pengalaman yang sama berulang kali untuk “pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan nikmat yang diberikan oleh memori kepada kehidupan – nikmat kenangan yang indah di samping kenangan yang menyedihkan. | UMUM | |
ANOREKSIA NERVOSA | Anoreksia nervosa ialah penyakit emosi yang membuatkan pesakit enggan makan. Penyakit ini biasanya dialami oleh gadis remaja dan wanita muda. Perkataan anoreksia bermakna tiada selera , walaupun penghidap anoreksia sentiasa dalam keadaan sangat lapar. Mereka enggan makan disebabkan oleh alasan psikologi. Sesetengah penghidap anoreksia mengalami perasaan ketagihan makanan, yang disebut bulimia . Dalam keadaan begini mereka akan makan dengan begitu banyak, kemudian mereka memaksa diri supaya memuntah keluar apa yang dimakan. Lihat Bulimia. | UMUM | |
SEJUK KAKI | Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit pelindung semasa Perang Dunia I (1914–1918). Ia menyerupai reput fros yang ringan hinggalah kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar, pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros, dengan membersihkan kaki, berehat dan mengembalikan peredaran darah. | UMUM | |
OPERA | Opera ialah drama yang pelakonnya menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik. Opera berkemungkinan merupakan yang paling kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali balet atau beberapa bentuk tarian yang lain. | UMUM | |
ALBINO | Albino ialah penyakit yang dialami terutama oleh manusia dan haiwan disebabkan oleh kekurangan pigmen melenin pada kulit dan rambut (bulu). | PERUBATAN | Penyakit |
DEMAM REUMATIK | Demam reumatik ialah sejenis penyakit yang menyerang terutamanya kanak-kanak yang berumur dari lima tahun hingga 15 tahun. Penyakit ini juga menyerang kanak-kanak yang lebih muda dan juga orang dewasa. Demam reumatik mendapat namanya daripada gejala yang paling biasa dialami iaitu, reumatisme (inflamasi atau bengkak sendi) dan demam. | UMUM | |