DIALEK MELAYU TERENGGANU | DIALEK MELAYU TERENGGANU, dialek yang dituturkan di seluruh negeri Terengganu dan sepanjang kawasan pantai Pahang hinggalah ke Mersing, Johor kecuali di bahagian sempadan Terengganu dengan Kelantan. Menurut pengamatan sesetengah pengkaji, pengaruh dialek Terengganu tersebar hingga ke Hulu Tembeling, Pahang. | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU | DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU, dialek yang dituturkan oleh penduduk lebih kurang 60 buah kampung di Hulu Terengganu sebagai bahasa ibunda mereka. Kesemua kampung itu terletak di Lembangan Sungai Terengganu, iaitu di bahagian hulu kampung Kuala Telemong. Selain penutur dialek Hulu Terengganu (DHT), di daerah Hulu Terengganu itu terdapat juga penutur dialek lain, terutamanya di Kuala Berang, dan di Mukim Penghulu Diman, yang sebenarnya terletak di kawasan sistem pengairan Sungai Marang, bukan Sungai Terengganu. | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU KELANTAN | DIALEK MELAYU KELANTAN, salah satu dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang yang berasal dari dan yang menduduki negeri Kelantan serta penduduk di tempat-tempat lain seperti yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Terengganu, Kelantan-Pahang, Kelantan-Perak dan juga beberapa daerah dalam wilayah Thailand Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani. | BAHASA | Bahasa |
DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG | DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG, dibahagikan kepada tiga, iaitu dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa, dialek Melayu berdasarkan masyarakat atau sosial, dan dialek Melayu berdasarkan daerah atau geografi. Dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa ialah berpusat di Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera yang telah mengalami sejarah yang panjang. Sejarah kewujudannya bermula pada awal abad ke-4 M. di Vietnam, kemudian pada akhir abad ke-7 M. di Sumatera Selatan. Selepas itu, perkembangannya dikesan di tempat lain seperti di Pagarruyung (Sumatera Barat), Muara Takus (Riau), Samudera-Pasai (Aceh), Ligor (Thai), dan Terengganu (Malaysia). | BAHASA | Bahasa |