Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar menembak peluru pada lengkungan yang luas dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai kuasa tembakan yang tinggi. |