OPERETA | Opereta ialah sejenis teater muzikal yang popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun, tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan, dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali lebih merupakan rangkai lagu daripada pertunjukan itu daripada gubahan yang berasingan, seperti dalam opera. | UMUM | |
SPARK, MURIEL | Spark, Muriel (1918– ) ialah wanita British yang terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor, tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami persoalan moral dan agama yang serius. | UMUM | |
MOLNÁR, FERENC | Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis drama komedi romantik dengan dialog yang lucu. Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri. The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909) sebuah drama yang lebih serius mengenai taman hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel (1945). Antara drama komedi Molnár yang lain, termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan The Play’s the Thing (1926). | UMUM | |
KOMEDI MUZIK | Komedi muzik ialah sejenis drama yang mengisahkan sebuah cerita melalui gabungan dialog lisan, lagu, dan tarian. Komedi muzik juga dikenali sebagai muzikal. | UMUM | |
MORAVIA, ALBERTO | Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya mempunyai gambaran dan dialog yang realistik, gaya penulisan yang bebas dan jelas serta memberikan pandangan yang tajam mengenai gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia mengkritik keruntuhan moral di Itali dan menggambarkan watak-watak yang terasing dari masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit sosial. | UMUM | |
SANTAYANA, GEORGE | Santayana, George (1863–1952) ialah ahli falsafah dan pengarang. Dia lahir di Sepanyol tetapi membesar di Amerika Syarikat dan menghabiskan kira-kira sebahagian umurnya di sana. Dia melahirkan falsafahnya dalam karya bersifat teknikal dan juga dalam dialog, esei kesusasteraan, sonet, dan novel, The Last Puritan (1936). | UMUM | |
BANGSAWAN | BANGSAWAN, satu bentuk seni pentas dan teater gaya opera Malaysia dan Indonesia. Bangsawan menggunakan dialog dan pada sikuan-sikuan tertentu diolah secara lagu atau puisi, dengan gaya berlakon yang menonjolkan gerak-geri. Kesan keseluruhan teater ini berunsurkan melodrama. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KESUSASTERAAN YUNANI | Kesusasteraan Yunani ialah sastera kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi model kepada semua kesusasteraan terkemudian di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin. Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat sastera. | UMUM | |
PLAUTUS | Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi Baru Yunani yang menekankan pemuda yang mencintai hamba perempuannya, kekeliruan identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak membimbangkannya kerana dia hanya menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa. Dia pakar dalam dialog, menulis tentang kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta, dan penganiayaan. | UMUM | |
DRAMA MASYARAKAT | DRAMA MASYARAKAT, corak penulisan dan pementasan drama yang mengisahkan tentang masalah masyarakat dan persoalan keluarga semasa. Drama seperti ini popular di Malaysia pada tahun 1960-an. Semasa pementasan, cerita tertumpu di ruang tamu rumah keluarga berkenaan. Dengan demikian, sifat penceritaannya dari awal hingga akhir berlegar dalam set bilik tamu dengan dialog dan aksinya terkawal kepada keadaan di bilik tamu tersebut. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |