PUNCA | Punca dalam matematik, bermakna kuantiti yang menghasilkan kuantiti yang khusus apabila punca itu diambil sebagai faktor untuk beberapa kali yang telah ditetapkan (lihat Faktor ). Berapa kali punca itu diambil sebagai faktor dikenali sebagai indeks . Punca dinamakan daripada indeks- indeksnya. Oleh itu, punca empat bagi 81 ialah 3, kerana 3 X 3 X 3 X 3 = 81. Punca yang mempunyai indeks 2 dan indeks 3 juga dikenali sebagai punca kuasa dua dan punca kuasa tiga . Punca yang positif bagi nombor positif p ditunjuk dengan n √p. Oleh itu, 4 √ 18 = 3 . Simbol √ itu dikenali sebagai tanda radikal . Apabila indeks tidak ditunjuk, maka indeksnya ialah 2. | UMUM | |
TASAWWUR | Perkataan bahasa Arab yang diambil daripada perkataan asal sawwara. | AGAMA | Konsep |
ROSIN | Rosin ialah resin yang diambil daripada beberapa jenis pokok pain di Amerika Utara dan Eropah. Ia berbeza-beza pada warnanya daripada kuning pucat hingga kepada perang tua dan merah tua. | UMUM | |
TAHUN | Tahun ialah masa yang diambil oleh bumi untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari. Terdapat dua jenis tahun yang berbeza yang digunakan oleh ahli astronomi. Tahun suria, ekuinoks atau tropika ialah masa di antara dua laluan matahari melalui “ekuinoks musim bunga” yang berlaku pada bulan Mac. Di Hemisfera Utara ekuinoks ini dipanggil ekuinoks vernal. Panjang tahun ini ialah 365 hari, 5 jam, 48 minit, dan 46 saat. Tahun ini digunakan bagi semua tujuan praktik dan astronomi, dan menjadi asas tahun biasa atau tahun kalendar kita. | UMUM | |
ROTENON | Rotenon ialah bahan beracun yang diambil daripada akar tumbuhan derris dan cube. Ia sering digunakan dalam semburan taman kerana, ia beracun bagi haiwan berdarah sejuk, tetapi ia agak kurang berbahaya bagi haiwan berdarah panas. Pekebun sayur sering mennggunakan rotenon kerana racun ini membunuh serangga tetapi tidak memudaratkan manusia yang akan memakan sayur ini. | UMUM | |
MASTIK | Mastik ialah resin yang diambil daripada Pistacia lentiscus, sejenis pokok pistasio atau pokok renek yang berasal dari kawasan Mediterranean. | UMUM | |
BURUNG WHIP | Burung whip yang namanya diambil sempena siulan yang berbunyi seperti sebatan cemeti yang dihasilkan oleh burung whip timur . Burung ini hidup di kawasan hutan hujan dan kawasan semak di pantai timur Australia. | UMUM | |
ELEVEN-PLUS | Eleven-Plus ialah peperiksaan yang diambil oleh murid sekolah rendah yang berumur antara 10 tahun sehingga 11 tahun di beberapa bahagian di United Kingdom (UK). | UMUM | |
DIET | Diet ialah makanan dan minuman yang diambil oleh seseorang secara tetap setiap hari. Perkataan diet juga merujuk kepada amaun atau jenis makanan yang diperlukan untuk tujuan khusus, seperti mengurangkan atau menambahkan berat. | UMUM | |
METAFORA | Metafora, iaitu kiasan, ialah ungkapan yang diambil daripada satu bidang pengalaman dan digunakan untuk mengatakan sesuatu dalam bidang lain. Misalnya, apabila kita berkata, “He’s a sly fox,” kita menggunakan metafora, iaitu kita menggunakan nama haiwan untuk menerangkan manusia. Metafora menyatakan perbandingan tanpa menggunakan kata “like” atau “as”. Penyataan “He is like a sly fox” or “He is sly as a fox” ialah perumpamaan (lihat Perumpamaan). | UMUM | |