ANUGERAH SENIMAN NEGARA | Anugerah Seniman Negara ialah penghargaan dan penghormatan kerajaan Malaysia kepada seseorang yang telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Antara yang diambil kira ialah sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. | UMUM | |
OBO | Obo ialah alat tiup woodwind berpipit paling kecil dan paling tinggi picnya. Nama alat ini diambil daripada dua perkataan Perancis: haut yang bermakna tinggi , dan bois yang bermakna kayu . Obo berukuran kira-kira 53 sentimeter panjang. Ia dicipta pada tahun 1600-an, berkemungkinan oleh dua orang ahli muzik Perancis, Jean Hotteterre dan André Philidor. | UMUM | |
KESELAMATAN | Keselamatan ialah bebas daripada kecederaan atau bahaya kecederaan. Perkataan keselamatan juga merujuk langkah berjaga-jaga yang diambil untuk mengelakkan kemalangan. Kemalangan ialah penyebab utama kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, lebih kurang 94 000 orang terbunuh setiap tahun kerana kemalangan. Kira-kira sembilan juta orang cedera parah akibat kemalangan. Kemalangan juga menyebabkan banyak wang digunakan setiap tahun bagi perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan. | UMUM | |
TAJ MAHAL | Taj Mahal ialah salah satu daripada makam yang tercantik dan termahal di dunia. Maharaja India, Shah Jahan memerintahkan pembinaan makam untuk memperingati isteri yang dikasihinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia pada tahun 1629. Makam ini terletak berhampiran bandar raya Agra di bahagian utara India, di sebelah selatan tebing Sungai Jumna. Lebih kurang 20 000 orang pekerja telah diambil untuk membinanya dan ia telah disiapkan selepas lebih kurang 20 tahun, iaitu kira-kira pada tahun 1650. | UMUM | |
STATUTE OF LIMITATION | Statute of limitation ialah undang-undang yang menentukan had masa bagi memulakan tindakan atau prosiding undang-undang. Tindakan bermula selepas tempoh statute of limitation yang diluluskan dihalang, tidak kira betapa adilnya tindakan tersebut. Statute of limitation dapat mengelakkan terjadinya kes-kes apabila situasi sebenar menjadi samar-samar disebabkan jarak masa yang lama diambil untuk mengendalikan kes tersebut. | UMUM | |