DIAN | Dian ialah bahan yang dibuat daripada lilin atau bahan yang sama yang dinyalakan untuk memberi cahaya. Apabila dian dinyalakan, lilin dicairkan oleh api dari sumbu. Lilin cair ini menyala dan menghasilkan cahaya. | UMUM | |
FOSSEY, DIAN | | UMUM | |
PEDOMAN EJAAN DIAN | PEDOMAN EJAAN DIAN, sistem ejaan Jawi yang diperkenalkan oleh majalah Dian yang terbit di Kota Bharu, Kelantan. Sistem ejaan ini diperkenalkan kerana sejak dalam Akta Bahasa 1963 yang menjadikan dan menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahasa Melayu, ramai orang Melayu tidak dapat membaca tulisan Jawi. | BAHASA | Bahasa |
LILIN HAIWAN | Lilin haiwan digunakan bersendirian atau diadunkan dengan lilin petroleum untuk membuat dian, penggilap, dan keluaran-keluaran lain. | UMUM | |
BUNGA RAMPAI | BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup. | BUDAYA | Konsep |
KAMUS INDONESIA-JERMAN | KAMUS INDONESIA-JERMAN, kamus dwibahasa yang disusun oleh Erich-Dieter Krause dan Rosemarie Simon-Bärwinkel yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1990 oleh Penerbit Dian Rakyat, Jakarta dan cetakan keduanya pada tahun 1994. Hak cipta kamus ini dipegang oleh Langenscheidt Verlag Enzyklopädie Leipzig, Berlin, Mänchen. | BAHASA | Penerbitan |
SURAT KERTAS HIJAU | SURAT KERTAS HIJAU, kumpulan puisi Sitor Situmorang. Surat Kertas Hijau diterbitkan pada tahun 1953 oleh Pustaka Rakyat, Jakarta. Kumpulan puisi ini telah diulang cetak pada tahun 1978. Cetakan ketiga pada tahun 1985 telah diterbitkan oleh Penerbit Dian Rakyat. Surat Kertas Hijau merupakan kumpulan puisi Sitor Situmorang yang pertama terbit setelah dia merantau ke Eropah dari tahun 1950 hingga tahun 1952. | SASTERA | Karya |
NYANYI SUNYI | NYANYI SUNYI, kumpulan puisi karya Amir Hamzah. Kumpulan puisi ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1937. Nyanyi Sunyi diterbitkan semula pada tahun 1963 oleh BI-Publication Limited, Kuala Lumpur dan pada tahun 1982 kumpulan ini diterbitkan pula oleh P.T. Dian Rakyat, Jakarta. Nyanyi Sunyi turut diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1991. Kumpulan puisi ini memuatkan 24 buah puisi yang bertemakan ketuhanan. | SASTERA | Karya |
KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS | KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS, kumpulan puisi Chairil Anwar. Cetakan pertama kumpulan ini setebal 54 halaman diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Rakyat pada tahun 1949. Kemudian ia telah banyak kali dicetak ulang dan cetakan kesebelas telah diterbitkan oleh penerbit Dian Rakyat, Jakarta setebal 56 halaman pada tahun 1991. | SASTERA | Karya |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |