DIANA | Diana ialah dewi dalam mitologi Rom. Dia ialah anak Jupiter, raja segala dewa, dan dewi Latona. | UMUM | |
DIANA, PRINCESS OF WALES | Diana, Princess of Wales (1961–1997) ialah kerabat diraja British dan isteri Putera Wales (lihat Charles, Prince). Dia ibu Putera William dan Putera Henry, iaitu putera diraja Wales. | UMUM | |
ARTEMIS | Artemis ialah dewi kelahiran dan perburuan dan kadang-kadang disamakan dengan dewi bulan Selene dalam mitologi Yunani. Dewi Rom, Diana sangat menyerupai Artemis. Artemis ialah puteri Zeus, raja segala dewa, dan dewi Leto. Dewa Yunani Apollo ialah saudara kembar Artemis. | UMUM | |
APOLLO | Apollo adalah tuhan utama dalam mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani, dia adalah anak Zeus – raja segala tuhan – dan dewi Leto. Dewi Artemis adalah saudara kembarnya. Dalam mitologi Rom, ibu bapa Apollo ialah Jupiter dan Latona, dan kembarnya ialah Diana. | UMUM | |