ROBERT KUOK, TAN SRI | ahli perniagaan terkaya di Malaysia dengan nilai harta pada bulan Januari 2005 dianggarkan berjumlah RM16.96 bilion | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
TERUSAN WAN MAT SAMAN | at Saman ialah sebuah terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air dari terusan itu ke kawasan penanaman padi. Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan 36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut. | UMUM | |
ORANG KURDISTAN | Orang Kurdistan ialah kaum yang mendiami kawasan pergunungan di barat daya Asia. Tanah air mereka tersebar luas merangkumi sebahagian daripada kawasan di Armenia, Iran, Iraq, Syria, dan Turki. Bilangan orang Kurdistan di kawasan ini tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan berjumlah kira-kira 20 juta orang. Sebahagian besar orang Kurdistan ialah pengikut Sunni. Mereka bertutur bahasa Kurdistan, iaitu sejenis bahasa Indo-Eropah yang berkait rapat dengan bahasa Parsi. | UMUM | |
RIPLEY, ROBERT LEROY | Ripley, Robert LeRoy (1893–1949) ialah pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang dikenali sebagai “Believe It or Not”. Panel ini mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di puncak kepopularannya, jumlah pembaca “Believe It or Not” dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta orang. Rencana itu juga mengandungi bahan untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku, filem, dan muzium. | UMUM | |
KELABIT | KELABIT, suku kaum yang terkecil di Sarawak. Suku kaum ini tergolong dalam kategori Orang Hulu. Bilangan orang Kelabit dianggarkan seramai 5000 orang pada tahun 1987. Jumlah ini merangkumi penduduk yang masih tinggal di perkampungan asal mereka di kawasan pedalaman dan juga yang berada di kawasan bandar. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
KAYAN | KAYAN, kaum minoriti di Sarawak. Kaum ini tergolong dalam kumpulan Orang Hulu. Masyarakat Kayan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 15 000 orang (banci 1993). Kayan terdiri daripada beberapa kumpulan kecil seperti Uma Pu, Uma Pliau, Uma Bawang, Uma Pako, Uma Semuka, Uma Belor, Uma Apan, Uma Juman, Uma Lesong dan lain-lain lagi. Walaupun mereka terdiri daripada beberapa kumpulan kecil yang berlainan namun bahasa yang digunakan tidak jauh berbeza. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
MENARA BULAT | Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik pemandangan landskap di kebanyakan bahagian Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun 1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat persembunyian semasa berlakunya serangan oleh pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza, dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah. | UMUM | |
TELEPUK | TELEPUK, seni menghias kain dengan perada emas. Biasanya telepuk digunakan untuk menghias kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar, ataupun kain persegi yang dijadikan tengkolok atau tanjak. Telepuk mempunyai sejarahnya sendiri dan dianggarkan telah mula diusahakan sejak abad ke-17 hingga abad ke-18, apabila ia diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui pedagang Bugis yang datang dari Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
JELEBU | JELEBU, luak pentadbiran utama dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jelebu terletak di sebelah utara Negeri Sembilan. Jelebu dibahagikan kepada lapan mukim iaitu Pertang, Kuala Klawang (pusat pentadbiran), Hulu Triang, Peradong, Gelam Lemi, Hulu Klawang dan Teriang Hilir. Mengikut Banci Penduduk 1991, penduduk Jelebu dianggarkan seramai 39 937 orang. Penduduk Jelebu mengamalkan Adat Perpatih. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ANANDA KRISHNAN | Ananda Krishnan(1939- ), salah seorang ahli perniagaan terkaya di Malaysia dengan nilai harta pada bulan Ogos 2007 dianggarkan berjumlah RM20.7 bilion. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |